Thursday, June 6, 2013

Community engagement

5:43 AM Posted by firassafiq No comments

Community engagement refers to the process by which community benefit organizations and individuals build ongoing, permanent relationships for the purpose of applying a collective vision for the benefit of a community. While community organizing involves the process of building a grassroots movement involving communities, community engagement primarily deals with the practice of moving said communities towards change, usually from a stalled or otherwise similarly suspended position. 

 

Origins
Community engagement can trace its roots to the concept of community benefit, a term that grew out of an English common law concept, articulated in a 1891 legal decision that defined four types of charitable organizations:trusts for the advancement of education; trusts for the advancement of religion; and trusts for other purposes beneficial to the community.

As community benefit became an important method of institutionalizing ideals, methods evolved to effectively reach the communities those entities were meant to aid. This led to the birth of community organizing, which as far as the United States is concerned, gained momentum over time beginning in the late 1800s. Practitioners of community engagement runs the gamut, from local community members to professionals such as business developers or social workers. Additionally, they can be specific to issues, such as grassroots organizers focusing on economic justice, or rehabilitation counselors focusing on disability-related issues.

Methodologies of community engagement are a result of problems in the current community benefit administrative structure, where governing boards of community projects become unable to continue convincing either themselves or the community to further the projects they became involved in. This may be due to "incorrect aiming of accountability for problems in the governing board, overzealous micromanagement of resources, a collectively dysfunctional board, poor board / staff relations or unsatisfactory organizational planning."Because of these overlaying problems, community members themselves are also directly influenced and therefore similarly hindered in regards to change within their specific regions of development.

Current methods and implementation
Practical community engagement
is used as an active method of implementing change. While most current standards implore more static means through standard marketing techniques, community engagement involves actively implementing a specific process towards activism such as the 8-step guideline listed below developed by Hildy Gottlieb of Creating the Future. While the process may have similarities to a controversial form of friendraising, the emphasis in community engagement is that of honest relationship building for the sake of community, not for the sole purpose of money-making. The steps are:

  1. Determine the goals of the plan
  2. Plan out who to engage
  3. Develop engagement strategies for those individuals you already know
  4. Develop engagement strategies of those individuals you do not already know
  5. Prioritize those activities
  6. Create an implementation plan
  7. Monitor your progress
  8. Maintain those relationships
Other programs exist to assist communities in the process of building community coalitions for engagement. One such program is Communities That Care which helps communities asses their needs and implement tested and effective programs to address their identified issues.

Key concepts
Community engagement may involve the use of particular key concepts relevant to the community benefit sector such as:

  • Friendraising
  • Community impact planning
  • Community-driven governance
  • Asset-based resource development
  • Vision-based community impact planning
  • Organizational wellness planning
  • Building programs on shared resources
  • Community sleuthing
  • Community-based program development

Wednesday, June 5, 2013

Kalau Allah Maha Baik , kenapa Dia cipta neraka

10:58 AM Posted by firassafiq No comments
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam...

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga.

Sumber : https://www.facebook.com/islamkuselamanya/posts/608344265850486

Hikmah dan Pengajaran Israk Mikraj

10:39 AM Posted by firassafiq No comments



Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan.

Tuesday, June 4, 2013

“Pakcik, Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik?”

12:04 AM Posted by firassafiq No comments
Share
Di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar.. Ada satu pasangan kekasih ini nak keluar berdating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya… maka berlakulah dialog berikut..
Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi ini.
Teruna : Eh..
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa Gadis: Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis: Eh.. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.
Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis.
Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan.
Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin.Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
( TQS An Nuur 32).
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia.
Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.
Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia TAKDE HUDUD, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.
Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.
Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 meter dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut.
Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.
Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.
Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry……..
Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

p/s: Hanya sekadar cerita untuk di ambil sebagai iktibar. Ingatlah, apabila seorang lelaki dan wanita berdua-duaan, syaitan adalah orang yang ke tiga.

Sumber: http://mediapermatangpauh.blogspot.com/

Islam Menyempitkan Yang Haram dan Meluaskan Yang Halal

12:02 AM Posted by firassafiq No comments
Soalan:
Assalamualaikum WBT,
Akak, apa pandangan akak pada tudung shawl ni? Tentunya apabila singkat, ia sudah pasti salah. Apabila yang labuh, shawl ini bertujuan mengikut arus fesyen kini.

Seolah-olah, muslimah kita tidak pernah bebas dari rasa ingin bergaya. Tidak senang andai diri tidak sama dan tidak ikut fesyen semasa. Bagaikan, satu kewajipan untuk ikut serta bersaing antara satu sama lain.
Saya kurang setuju, kerana sekalipun menutup aurat, bersaing sebegini, bagaikan menuju ke arah tabarruj pula.
Sedangkan, mereka yang memakai tudung labuh, BEBAS dari semua ini. Tidak dinafikan juga bagi mereka yang bertudung menutup dada namun tidak bertabarruj.
Apa pandangan akak?
p.s: Sehingga ke hari ini, saya mempunyai halangan yang besar untuk bertudung labuh. Hanya boleh mengenakan selendang berkain tebal dan labuh menutupi dada. Doakan saya semoga halangan yang satu itu boleh dikendalikan sebaiknya :-(

Jawapan:
Adik yang disayangi fillah,
Mari kita teliti mana yang lebih hikmah dalam gaya dakwah berikut:
a) Tabarruj:
1. Mengkritik muslimah yang berfesyen sebagai bertabarruj dan melabel dia sebagai orang yang berdosa atau membuat kesalahan.
(Atau)
2. Memahami bahawa tabarruj itu haram tapi ‘maksud’ tabarruj itu diperselisihkan oleh para ulama[1]. Tidak memaksakan orang lain mengikut ‘maksud’ yang kita faham kerana ‘maksud’ yang kita faham itu mungkin berat bagi orang lain. Menghargai perselisihan dalam masalah ini tetap dalam daerah pahala.
b) Fesyen:
1. Memperleceh muslimah yang bergaya dengan shawl dan sebagainya sebagai mengikut-ngikut arus fesyen, berprasangka buruk bahawa niat hatinya untuk bersaing bukannya untuk Islam, dan menganggap industri fesyen itu haram.
(Atau)
3. Memahami bahawa muslimah itu melakukan sesuatu yang harus kerana tiada dalil haram terhadap pilihannya itu. Menganggap asal hukum bagi dunia fesyen adalah harus. Daripada sekadar mengkritik keterukan fesyen yang dicipta pada hari ini, dia tampil memberikan alternatif bagaimana fesyen-fesyen muslimah yang masih melepasi syarat-syarat dan batasan-batasan sebagai gaya dakwah bil hal (dakwah dengan contoh tauladan).

Fatwa Berat atau Fatwa Mudah Pilihan Hati?
Kita terbiasa dengan fatwa-fatwa yang berat berkenaan masalah wanita selama ini kerana kebanyakan para ustaz yang baik yang sudi mengajar kita itu terbiasa merujuk terus fatwa-fatwa lama dan kurang memerhatikan fiqah perbandingan (fiqh muqaran) dan fiqah kontemporari (fiqh mua’shirah) . Alhamdulillah, sejuta penghargaan buat mereka kerana ijtihad para ulama masih dalam daerah pahala.
Akak lebih menemui ketenangan beragama, kemudahan beramal, keindahan toleransi , kekuatan penyatuan dan kehalusan seni dakwah dalam fatwa dan ijtihad ulama-ulama muktabar kontemporari dalam masalah-masalah wanita. Khususnya para ulama muktabar itu ialah dari kalangan mereka yang bermanhaj pertengahan seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Wahbah Zuhaili, Syeikh Abdul Karim Zaidan, Syeikh Said Ramadhan al-Buthi dan seumpamanya. Kebanyakan mereka lahir dari tarbiyyah (didikan) Ikhwanul muslimin. Seperti juga para ulama yang lain, mereka berijtihad dengan ilmu bukan dengan nafsu.
Syukur sangat kerana golongan ulama muktabar ini mendedahkan suatu kefahaman dan tafsiran Al-Quran dan hadis yang membuatkan ummah berasakan Islam itu benar-benar mudah dan praktikal untuk diamalkan. Yang halal amat luas sebaliknya yang haram amat sempit dalam Islam. Allah mempersoalkan kita di akhirat nanti berdasarkan ilmu dan kefahaman kita. Oleh sebab itu, bagi mereka yang tetap ingin berpegang dengan fatwa-fatwa yang berat, silakan. Tiada masalah. Tapi perlu bersedia beramal dengan fatwa-fatwa berat yang dipegang itu kerana Allah bakal mempersolkan seseorang berdasarkan apa yang kita pegang.
Contohnya, bagi mereka yang berpegang dengan fatwa bahawa hukum asal purdah itu adalah wajib, maka wajiblah baginya menutup wajah. Wajiblah baginya tidak meletak gambar ‘wajah’ di facebook meskipun untuk tujuan dakwah bil hal (dakwah dengan contoh tauladan). Wajiblah baginya makan nyorok-nyorok masa kenduri-kendara, bimbang nanti ternampak wajahnya. Wajiblah baginya tidak mencari pekerjaan yang mewajibkannya membuka wajah. Dan banyak lagi implikasi ‘pegangan seseorang’ dalam praktikaliti hidupnya. Sebaliknya, bagi mereka yang berpegang hukum asal purdah cuma harus, maka dia mempunyai kebebasan untuk berpurdah atau tidak berpurdah mengikut keperluannya. Hatinya tenang dan tidak diburu rasa berdosa kerana dia cuma mengikut ijtihad jumhur ulama yang masih dalam daerah pahala, samada 1 atau 2 pahala.

Kaedah-kaedah Fiqih Khususnya Berkaitan Wanita
Kita kembali sejenak kepada manhaj fiqah dan kaedah-kaedahnya khusus dalam isu-isu wanita. Antaranya ialah:
1. Menjadikan nas sharih (jelas) Al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan.
2. Mengaitkan nas antara satu dengan yang lain.
3. Menggabungkan antara fiqah dan hadis.
4. Menghormati ijmak yang diyakini.
5. Memilih mazhab dan mempelajari buku-bukunya.
6. Memerhatikan keadaan zaman dan lingkungan dalam berfatwa.
7. Mempersempit yang haram dan yang wajib.
8. Bersikap moderat (sederhana, pertengahan) dan berimbang.
9. Memperhatikan kepentingan umum.
10. Mempermudah (terutama ketika terjadi bencana).
11. Berbicara kepada orang lain dalam bahasa zamannya.
12. Berpaling daripada hal-hal yang tidak bermanfaat dan menyambut baik hal-hal yang positif.
13. Memperhatikan tujuan syariat Islam.
14. Memperhatikan fakta (Fikih keseimbangan dan fikih prioriti).
15. Mempersempit yang haram dan yang wajib.
16. Mempersempit yang haram dan yang wajib.

Mempersempit yang Haram dan yang Wajib
Kaedah-kaedah di atas ada diterang secara terperinci dalam buku Wanita dalam Fiqih al-Qaradhawi. Kita ambil contoh satu kaedah, “Mempersempit yang haram dan yang wajib.” Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan, di antara kemudahan yang diperlukan dalam fiqih ialah mempersempit dan tidak berlebihan dalam menetapkan taklif (beban) hukum kepada manusia, terutama dalam hal yang berhubungan dengan wajib dan haram. Kerana kita tidak diperbolehkan untuk memperluas yang wajib dan haram tanpa dalil, melainkan kita harus menetapkannya dengan ketetapan nas yang shahih dan sharih (jelas) atas diwajibkannya yang wajib dan diharamkannya yang haram, atau dengan qiyas (bandingan terhadap sesuatu yang serupa, contoh dadah diqiyas dengan rokok) yang jelas illatnya (sebab) terhadap nas.
Para ulama salaf sangat berhati-hati dalam mengharamkan sesuatu atau mewajibkan sesuatu, kecuali apabila mereka memiliki dalil yang tidak diragukan sama sekali, sebagaimana yang dilakukan mazhab Hanafi, dan jika tidak, maka mereka menurunkan hukumnya dari darjat fardhu kepada wajib, dan dari darjat haram kepada makruh. Sebab itu dalam perkataan mereka sering menyebut begini contohnya, “Saya tidak suka yang begini,” tetapi mereka tidak berterus terang mengatakan ianya haram, kecuali apabila mereka mengetahui ada dalil yang berterus-terang mengatakannya haram. Contoh, sebelum ayat haramnya arak diturunkan, sahabat menunjukkan sikap benci kepada arak tapi tidak berani mengatakannya haram meskipun banyak mudaratnya dalam masyarakat. Sehingga Allah secara bertahap menurunkan wahyu yang benar-benar mengharamkan arak. Barulah mereka berani mengatakan arak itu haram.
Daripada ajaran al-Quran dan as-Sunnah, Islam benar-benar memperhatikan dalam mempersempit perintah dan memperluas “kawasan yang dimaafkan” kerana berasa kasihan kepada para mukallaf (orang yang memikul tanggung jawab), bukan kerana lupa.
Firman Allah SWT,
“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika kamu menanyakan di waktu al-Quran itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah maha pengampun lagi maha penyantun. (Al-Maidah: 101)
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang Muslim yang paling besar dosanya adalah orang yang bertanya tentang sesuatu yang tidak diharamkan, lalu hal itu menjadi diharamkan gara-gara pertanyaannya.” (Muttafaqun a’laih)
Baginda bersabda lagi,
“Sesungguhnya Allah telah menetapkan hukum-hukum maka janganlah kalian melanggarnya. Mewajibkan kewajipan-kewajipan maka janganlah kalian mensia-siakannya. Mengharamkan sesuatu maka janganlah kamu melakukannya, dan mendiamkan sesuatu kerana kasihan kepada kalian, bukan kerana lupa maka janganlah kalian mempersoalkannya. (HR Daruqutni dan al-Hakim, dan dia menilainya sahih. Rujuk Al-Qaradhawi, Nahwa Fiqh Muyassar).

Asal Sesuatu adalah Mubah (Harus, dibolehkan).
Prinsip awal yang ditetapkan oleh Islam, bahawa asal segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah, baik berupa benda mahupun manfaat, adalah halal dan mubah, dan tidak haram kecuali ada nas sharih (jelas) yang mengharamkannya. Apabila nasnya tidak sahih, atau tidak sharih (jelas) menunjukkan pada yang haram, maka sesuatu itu hukumnya tetap harus. Kata Imam Asy-Syatibi,
“Tidak ada perintah kecuali dengan dalil, apabila tidak ada dalil yang menunjukkan perintah untuk melakukannya, maka perintah itu gugur dengannya.” (Rujuk kitab al-Muwafaqat oleh Asy-Syatibi).
Dari sinilah kawasan yang diharamkan oleh Allah menjadi sangat sempit dan justeru kawasan yang dihalakan semakin luas dan banyak. Hal itu tidak lain kerana nas-nas sharih yang mengharamkan jumlahnya sangat sedikit. Sedangkan yang tidak dinyatakan halal atau haram, maka ia tetap pada hukum asalnya, iaitu mubah (harus) dan termasuk ke dalam kawasan yang dimaafkan oleh Allah swt.

[1] Erti tabarruj dalam fiqih al-Qaradhawi ialah: Membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata.
Ilustrasi makna tabaruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu:
  1. Bercampur dengan lelaki
  2.  Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit
  3. Mengenakan tudung tetapi tetap menampakkan aurat dan kecantikan tubuh-badannya.

Monday, June 3, 2013

Fadhilat & Khasiat Surah Al-Waqiah

11:59 PM Posted by firassafiq No comments
Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
  1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
  1. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
  1. Rasulullah SAW bersabda:
“Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
  1. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Khasiat Surah Al-Waqiah
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
  1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
  2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
  4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Petua dari Syeikh Abi’l Abbas
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut:
  1. Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
  2. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
  3. Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/

Maksud Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim

11:55 PM Posted by firassafiq No comments

Kita selalu berzikir dengan menyebut zikir secara berturutan seperti berikut: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim. Tetapi berapa ramaikah dari kita yang mengkaji apakah maksud zikir-zikir tersebut. Saya rasa dari segi bahasa hampir semua dari kita tahu maksudnya. Cuma dari segi huraian maksud setiap zikir tersebut tidak ramai yang tahu. Pada artikel kali ini saya akan menerangkan huraian maksud zikir tersebut.
1. Subhanallah Subhanallah dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah. Huraiannya ialah kita meyakini bahawa Allah itu Maha Bersih dan Maha Suci. Allah tidak melakukan kesilapan dan segala tindakanNya sentiasa betul. Saya bagi contoh. Di dalam dunia ini, ada manusia yang Allah pilih untuk beri hidayah dan ada manusia yang Allah pilih untuk tidak memberi hidayah. Ketahuilah bahwa Allah SWT itu langsung tidak memilih kasih. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah memang layak menerima hidayah itu berdasarkan usaha dan takdirnya manakala sesiapa yang tidak diberikan hidayah oleh Allah SWT, dia memang tidak layak menerima hidayah tersebut berdasarkan usaha dan takdirnya juga.
Allah SWT langsung tidak serupa dengan manusia yang suka pilih kasih apabila memberi sesuatu. Contohnya bos yang asyik pilih kasih apabila memberi markah cemerlang dan pangkat walaupun mungkin ada orang lain yang sama/lebih layak untuk menerima markah cemerlang dan pangkat tersebut. Contoh yang lain apabila seseorang lelaki itu berkahwin empat. Adalah mustahil untuk dia menyintai keempat-empat isterinya dengan sama rata. Soal hati itu tidak dikira berdosa kerana itu sifat semulajadi manusia. Yang penting dia mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya dengan memberikan hak mereka seperti nafkah zahir dan batin, giliran yang bersesuaian dsb.
2. Alhamdulillah Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji itu hanya untuk Allah. Dari segi huraian maksudnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Apabila ada orang yang memuji kita samaada hebat, hensem atau kaya, kembalikanlah pujian tersebut kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Janganlah kita merasa hebat dengan apa yang kita miliki samaada ilmu, pangkat, harta dsb kerana semuanya adalah kurniaan dari Allah. Ada orang yang merasa dia hebat kerana berjaya menjawat pangkat yang tinggi dalam syarikat. Siapakah yang telah memberikannya otak dan kepandaian sehingga dia layak menjawat jawatan tersebut? jawapannya ialah Allah. Sebenarnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah apakah yang telah kita buat dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Ucapkanlah Alhamdulillah juga untuk bersyukur terhadap segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.
Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas
nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya
dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya
Insya Allah akan bertambah nikmatnya

3. Lailahaillah Maksud Lailahaillah ialah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hanya patut menyembah Allah semata-mata dan bukannya benda-benda lain di dunia ini. Kalau zaman dulu, masyarakat jahiliah menyembah berhala. Tapi zaman sekarang ini ada manusia yang bertuhankan benda seperti wang, wanita, pangkat, manusia dsb. Maksud bertuhankan benda ini ialah sanggup melakukan apa sahaja tidak kira halal atau haram untuk mendapatkan benda tersebut. Wang, wanita, pangkat dan lain-lain tidak salah untuk dimiliki tetapi perlu dimiliki dengan cara halal seperti bekerja, berkahwin dan jujur. Bukan dengan cara haram seperti menipu, mencuri, makan rasuah, berzina dsb. Ada orang yang sanggup bekerja dengan kuat tanpa menghiraukan solat 5 waktu kepada Allah SWT. Bukankah seolah-oleh dia telah bertuhankan wang dengan mengabaikan Allah SWT? Bukankah dia seolah-olah telah syirik kepada Allah SWT? berhati-hatilah dengan syirik kerana syirik termasuk dalam dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kecuali dengan bertaubat Nasuha iaitu taubat yang bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut.
4. Allahu Akbar Dari segi bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar. Huraian bagi maksud Allahu Akbar ialah Allah itu Maha Besar dan Hebat. Dia boleh berbuat apa sahaja yang dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu. Tiada siapapun yang layak menyoal Allah tentang segala tindakan dan keputusanNya bahkan makhluklah yang akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti tentang apa yang mereka kerjakan. 
Allah berfirman: Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. (Al-Anbiya' 21:23)
Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha luas. Sekiranya dibuat perbandingan ilmu Allah dengan ilmu makhluk itu, ilmu Allah itu seumpama satu lautan yang luas sedangkan ilmu makhluk itu seumpama setitis air dari lautan tersebut, bahkan lebih sedikit dari itu. Jadi layakkah kita mempertikaikan keputusan Allah terhadap kita dengan ilmu kita yang sedikit ini? Oleh itu, kita tidak boleh sama sekali membesarkan benda lain selain dari Allah SWT. Kesemua kita adalah hamba Allah yang tertakluk kepada hukum syariat yang telah ditetapkanNya. kita mestilah mengikut segala hukum syariat Allah untuk membesar dan mengagungkanNya.
5. Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim Maksud Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim ialah tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hendaklah takut hanya kepada Allah dan bukan kepada makhluk kerana makhluk itu langsung tiada kuasa. Kekuasaan makhluk itu hanya sekadar yang diizinkan oleh Allah SWT. Janganlah takut dengan hantu, orang yang berpangkat besar, orang kafir, orang munafik, orang jahat dsb. Takutlah hanya kepada Allah SWT. Sesiapa yang takut kepada Allah SWT, semua makhluk akan takut kepadanya kerana tidak kira siapa sahaja langsung tiada kuasa untuk menyakiti diri anda kecuali diizinkan oleh Allah SWT.
Akhir kata, di antara fadhilat berzikir dengan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim adalah seperti 3 hadis berikut:
Hadis 1 Ketika Siti Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah s.a.w. merayukan halnya kepada baginda dengan berkata: "Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam) agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang ku alami dalam menyelenggarakan urusan-urusan rumah-tangga ku." Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hendaklah kau ucapkan: SUBHANALLAHI sebanyak 33 kali ALHAMDULILLAHI sebanyak 33 kali dan ALLAHU AKBAR sebanyak 34 kali sebelum tidur di malam hari."
Lantas baginda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Ini lebih baik bagimu daripada khadam yang kau mintakan itu."

Hadis 2
Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).

Keterangan
Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya: bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan :berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa.

Hadis 3 Riwayat Muslim menjelaskan bahawa barangsiapa bertasbih (Subhanallah) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali, kemudian digenapkan dengan mengucapkan Lailaha Illah Wahdahula Syarikalahu Walahulhamduyuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadir, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM?

11:54 PM Posted by firassafiq No comments
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita… kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. “Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. “Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. “Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus beberapa kawan wanita yang lain. Betul juga.

Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apalah salahnya lelaki juga disuruh belajar.

Sumber: http://jiwajihad.blogspot.com/

Herbalife Cara Aku

11:44 PM Posted by firassafiq No comments

Selepas aku tulis ulasan tentang produk Herbalife sebelum ini, aku terima ratusan emel dan wassap bertanyakan tentang itu dan ini. Ada soalan yang sama. Ada soalan yang rare. Ada soalan yang rawak.

Untuk pengetahuan korang, Herbalife ni takde fix rule. Lain orang lain cara. Macam yang aku pernah cakap dalam entri sebelum ni, Herbalife BUKAN UBAT KURUS. Tapi ianya adalah makanan yang kaya nutrisi yang melatih kita makan dengan betul. Okay lah mari aku ceritakan tentang Herbalife cara aku yang tersendiri.

Sebenarnya apabila korang ambil keputusan untuk 'bawa masuk' Herbalife ke dalam hidup kamu, pastikan korang dah nekad dengan 3 perkara berikut

1) Bersedia untuk mengamalkan PEMAKANAN SIHAT
2) Minum air secukupnya. Ingat, setiap 25kg berat badan bersamaan 1 liter air. (normal)
3) 3D- Discipline, Determine, Dedication
  • Setiap kejayaan bermula dengan satu disiplin yang ringkas.
  • Keazaman yang tinggi. Mesti rajin. Bersungguh-sungguh.
  • Dedikasi. (Sila insert ayat yang menceritakan perkara-perkara positif macam yang korang selalu baca)
Ada yang mengadu pernah berkawan dengan Herbalife sebelum ni, tapi apa pun tak jadi. Ada juga yang emel kata, kawan dia yang pernah ambil herbalife dulu kata, perkara yang lebih kurang sama iaitu, "tak ada efek apa-apa"

Aku ni nak cakap pasal nutrisi dan sains memang kurang pakar. Setakat baca sikit-sikit tu adalah. Cuma suka untuk aku pesan bahawa, Jangan lah kita contohi benda yang tak menjadi. Ramai sebenarnya berjaya menurunkan berat badan dengan Herbalife; Jadi, contohi lah mereka yang berjaya. Dan alang-alang korang dah baca ni, aku pun nak ajak lah korang contohi rutin aku dan Herbalife sedikit sebanyak.

Hari ini atas permintaan ramai (ramai diantara yang emel/wassap/sms aku lah) aku akan ceritakan serba sedikit tentang rutin dan cara penyediaan Herbalife dalam hidup aku sehari-harian.


1) Okay mula-mula aku bangun tidur sekitar 5.00-5.30 pagi. Aku bangun, sambil kesat-kesat mata dan bangkit dengan mamai (saja nak masuk unsur dramatik sikit) lalu terus ke dapur dan bancuh ALOEVERA CONCENTRATE

Segelas air ni aku masukkan 3 cap. Segelas air tu estimate dalam 400-440ml. Rasanya masam masam sikit. Tapi aku jenis telan je. Hahaha. Herbal Aloe ni elok untuk penyerapan nutrisi dan melembutkan sistem penghadaman. Macam aku, jenis susah beron. Alah korang pun tau, badan yang sihat mestilah beron hari-hari. Orang yang beron hari-hari bermakna badan mereka menyingkirkan toksin setiap hari. Orang yang badan banyak toksin ni memang susah nak kurus. Yang kurus sangat pun susah nak tambah berat badan. Dan macam-macam lagi lah cerita tak best. Oh beron tu maksudnya berak. Saja je aku sebut 'beron' sebab nak kasi bunyi ala-ala manja manja gitu. Hehe.

2) Okay kemudian lepas aku minum aloe ni, aku pergi mandi. Lepas mandi, lepas lap-lap badan (pun nak masuk dalam cerita) aku pergi ke dapur balik, aku bancuh teamix.


Teamix ni aku rasa ramai dah tau ke-best-an dia. Yang tak pernah ambil herbalife pun tau serba sedikit. Ianya bagus untuk memberikan sumber tenaga dan boost metabolisme. So pagi-pagi takde la badan aku lemau je. Untuk segelas air di atas, aku campurkan dengan sudu kecik tu ha. Segelas air tu estimate dalam 400-440ml juga.

3) Sambil minum air teamix secara perlahan-lahan dan santai, aku bancuh Shake.


Shake ada 5 perisa (setakat ni yang masuk Malaysia). Coklat, Strawberry, Cappuccino, Vanilla dan Tropical Fruit; dan perisa kegemaran aku ialah Coklat, stoberi dan tropikel fruit tu.

Sila lihat gambar di atas. Kalau korang baca direction pada cannister shake ni, dia suruh bancuh 2 heaping scoop kan. Tapi bila aku pikir HEAPING tu subjektif sangat. Ada heap rendah. Ada heap tinggi. Kalau monyet sarkas mesti boleh buat heap tinggi-tinggi. So, KALAU IKUT CARA AKU, untuk 300-350ml air, aku akan mix dengan 3 flat scoop shake ni.


Kemudian aku campurkan dengan..Formula 3 protein guna sudu yang belakang tu. Bagi sesiapa yang tak ada sudu tu, sementara nak dapat sudu Herbalife ni, korang boleh guna mana-mana sudu plastik ikut sukatan sendiri. Aku cadangkan Formula 3 ni jangan letak banyak sangat. Sebab ianya berfungsi untuk build muscle. Kalau terlebih ambil, memang ada terjadi fenomena berat badan tak turun banyak tapi muscle cantik; dengan kata lain, kalau perempuan daripada cutting bulat macam apple, terus ada curve pinggang, misalnya.



Ha lepas tu aku blender macam ni. Ada yang tak sempat blender, boleh shake sendiri. Tapi kalau pakai shacker cap ayam, memang dia susah larut. so akan terasa ketui ketui sikit. Dulu aku pun camtu. Tapi aku jenis tak banyak cerewet so aku telan je ketui-ketui pun. kikiki. Jadi yang terkini aku blender. Ha mesti korang nak cakap malas blender kan? Macam aku cakap, kalau malas memang susah nak berjaya. Tapi kalau korang bijak cari alternatif selain blender, pun boleh.

4) Lepas habis minum teamix dan bikin shake, aku pun tinggalkan semua ni dan masuk ke bilik balik untuk solat dan bersiap-siap nak pergi kerja.



Sebelum keluar rumah, aku pun minum shake coklat ni. Selalunya dalam jam 6.45 - 7.00 pagi.



Kesimpulannya itu lah turutan yang korang kena ikut. Dimulakan dengan Aloevera Concentrate, Teamix dan Shake. Ada yang kata "kawan saya cakap teh tu minum selepas shake"; itu mungkin cara kawan awak tu. Tapi ikut cara saya begini lah.

5) Sampai pejabat selalunya awal. Dalam 7.40-8.00 pagi tu kalau tak da aral memang dah tercongok kat opis dah aku. So sampai-sampai je aku terus buat benda yang sepatutnya iaitu prepare air siap-siapkat pantry.



Selalunya ini lah dos aku di pejabat sahaja. Botol kecik tu 500ml + botol besar 2.5liter dan Teamix tu 1.5ml. Total di dalam pejabat sahaja Air masak ialah 3.00 litre. Dan Teamix 1 liter. Cukup untuk daily dose aku. Cuma kalau keluar makan tengahari pun aku akan minum lagi 500ml air mineral (botol kecik standard tu)
So secara kiraan rawaknya, memang 4 liter without fail.

Sebelum ni aku pernah cerita tentang pentingnya minum air. Walau sebelum aku consume Herbalife pun memang aku rajin minum air. Dan memang semua manusia WAJIB ya, minum air secukupnya. Part ni orang paling liat nak buat. Aku tak faham kenapa. Alasannya sebab tak larat nak pegi kencing selalu. Padahal kencing je pun kan? Dan untuk pengetahuan korang, kalau badan kita cukup air, kita akan susah rasa lapar. Tak caya, korang cubalah.

6) Okay kalau dah amik shake ni, suka untuk aku ingatkan korang tak boleh ambil sebarang makanan berat, OK? Bagi yang ingin menurunkan berat badan, korang hanya dibenarkan makan RINGAN selepas 3 jam pengambilan shake ni. Selalunya aku akan makan snack ringan macam yogurt (FAT FREE) ke..biskut oat ke. Tapi setakat ni kalau kat pejabat memang yogurt lah kegemaran aku. Kat rumah baru aku kreatif sikit buat snack ringan macam simple ciken wrap ke. Itu pun kalau rajin. Selalunya memang yogurt lah.


7) Okay bila sampai waktu lunch selalunya sekita jam 12-1.00 tengahari, time tu macam hari raya untuk aku. Sebab bila aku dah mula jaga makan, jadi, waktu makan tengahari tu sangat dihargai. Ramai tanya samada lepas ambik herbalife ni takleh  makan nasik ke? Kalau ikut cara aku, memang aku makan tengahari macam biasa. Makan ikut tekak dan selera. Tapi dengan kadar normal la. Jangan la lepas makan nasik sepinggan, pastu kau order nasik lemak, pas tu kau order aiskrim lagi. Macam mana nak turun berat kalau asyik tambah berat je?

So ini adalah rutin makan tengahari aku yang aku sempat snap gambar lah.




Memang aku akan pastikan ada sumber protein (ayam, ikan, tempe), karbohidrat (Nasi), vitamin (sayur sayur yang banyak). Banyak kan portion aku? Muahahaha kalau korang rasa portion aku melampau, korang kurangkan lah sendiri portion korang.

Kalau korang tanya aku, aku memang AGAINST ATKINS DIET sekarang ni. Bagi aku Atkins diet tak sesuai lansung untuk rakyat asia/malaysia sebab kita dari kecik dari nenek moyang makanan ruji kita adalah nasik. Nasik bukan ada lemak pun. Yang ada ialah kandungan karbohidrat asli yang sihat yang memang diperlukan badan. Si Atkins mat saleh tu cipta Atkins Diet sesuai dengan rutin pemakanan orang sana. Korang tengok la Mekdi dan KFC. Hidangan diorang more to protein, pastu roti seconet je.

Aku dulu memang pernah atkins diet time study dulu. Aku tolak semua carbs. memang sebulan aku hilang 6-8kilo, tapi ketahuilah, YANG HILANG TU ADALAH MUSCLE BUKAN FAT. Muscle ni kalau cepat hilang, cepat la dia gain balik. Sebab tu kalau kita perhati orang yang atkins diet ni badan diorang flabby sikit.  So nak kasi tak flabby kena buat apa? kena la eksesais. Dah la dera emosi tak makan nasik. Pastu kena eksesais teruk lagi kan? So terpulanglah.

Macam aku, aku taknak stress. Nak rilek rilek santai je. Kita hidup bermasyarakat pun satu. Orang makan nasik lauk sedap-sedap, kita ratah lauk je macam kucing. miau miau miau katanya.

Tapi tak dinafikan, ada yang memang decide nak ambil Herbalife tapi nak kurangkan makan nasik. Ada yang ambil Herbalife dan top up dengan rutin pergi gym (Which is VERY GOOD). Terpulang. Apa-apa yang korang selesa lah. Cuma yang aku ceritakan kali ini ialah HERBALIFE CARA AKU. Korang kena faham, badan kita perlu kalori yang cukup untuk bakar lemak. Selalunya perempuan perlu 1300 kalori sehari untuk bakar lemak. Manakala lelaki selalunya1600 kalau tak silap. So kalau kalori sikit sangat pun tak boleh nak bakar lemak jugak. (Bagi yang malas eksesais)

Herbalife ni senang je. Korang boleh edjas ikut rutin sendiri. Asalkan rutin korang mesti lah sihat.

Dan Herbalife ni, aku perasan dia nak korang SIHAT dan CANTIK. Bermakna, nak sihat dulu, baru kecantikan tu datang dengan sendiri. Bukan Cantik dulu baru nak fikir sihat. Bila pikir cantik dulu baru sihat, tu yang korang nampak orang loose weight tapi kulit kusam. Tak bermaya. Tak bertenaga. Dan macam-macam lagi lah.

Alhamdulillah so far, orang yang aku coach dengan Herbalife ni rata-rata seminggu turun 2 kilo dan rasa lebih bertenaga.

8) Kalau aku terpaksa balik lambat dari pejabat, aku shake satu kali lagi untuk makan malam aku sekitar jam 7.00 - 7.30 petang gitu.


9) Okay dan yang akhir sekali, sebelum tidur aku minum sekali lagi ALOVERA CONCENTRATE ikut sukatan yang aku nyatakan di atas.

Sebenarnya korang boleh ikut step yang sama iaitu > petang-petang time korang masih dipejabat, korang minum alovera concentrate yang korang dah bancuh dalam botol siap-siap dari rumah. Kemudian minum teamix lagi, dan diikuti dengan last shake korang untuk dinner. Tapi sebagai wanita berkarier yang selalu balik lambek, aku buat macam ni;

Selepas habiskan teamix di pejabat dalam sekitar jam 6-7 petang, aku minum Shake (macam aku bancuh kata atas ni). Kemudian sebelum tidur di rumah, baru aku minum Alovera Concentrate mengikut sukatan macam yang aku ceritakan tadi.

Seminggu pertama korang akan rasa macam payah sikit. Tapi lama-lama korang akan biasa dan boleh absorb dengan rutin sebegini dengan gembira.

Suka untuk aku ingatkan kepada korang 3 CORE TIPS paling penting ialah

1) Minum air secukupnya (3-4 litre air masak 1-2 litre teamix) sehari
2) Makan 3 jam sekali. (Sarapan shake, snack siaht, lunch, snack sihat, dinner shake) Jangan biar perut lapar. Kelaparan akan memperlahanakan metabolisme dan pembakaran lemak.
3) Timbang paling kerap SEMINGGU SEKALI SAHAJA. Pada waktu bangun tidur pagi-pagi, lepas kencing dan beron, berbogel dan baru timbang. Bagi ibu menyusu, seeloknya kosongnya buah dada terlebih dahulu.

Kesimpulannya HERBALIFE CARA AKU begini lah;

Pagi Alovera Concentrate Dan TEAMIX > Sarapan Shake > 3 jam lepas tu snack sihat >  3jam lepas tu makan tengahari macam biasa > minum lagi TEAMIX dalam 500ml atau lebih > 3 jam lepas lunch snack petang > minum lagi teamix dalam 500ml atau lebih > dinner shake > kalau malam lapar lagi, snack sihat.> sebelum tidur minum lagi ALOVERA CONCENTRATE. Dan in between semua di atas, air mineral mesti minum secukupnya. Kalau aku selalu minum tak kurang 3-4 litre. 

Sumber : http://perempuanjomblo.blogspot.com/2013/02/herbalife-cara-aku.html

Hebatnya Imam-Imam dahulu

11:40 PM Posted by firassafiq No comments
Suatu Hari Imam Syafie R.a telah dijemput oleh Imam Malik r.a utk makan di rumahnya, lantas Imam Malik r.a menyuruh isteri dan anak perempuannya utk memasak masakan yg plg special kerna akan ada tetamu istimewa bertandang.

Setibanya Imam Syafie di Rumah Imam Malik, Imam Malik telah menjemput beliau utk makan, dan Imam Syafie makan dengan kenyangnya penuh berselera. Setelah Imam Syafie habis makan, beliau berehat sehingga pada malamnya beliau tidak bangun berqiammullail.

Perkara ini diperhatikan oleh anak gadis Imam Malik. Lantas beliau berkata kepada ayahnya "Wahai ayahku, ayah mengaatakan Imam Syafie seorang yg makan tidak pernah kenyang, dan tidak pernah tinggal solat malamnya, namun semalam aku telah melihat beliau makan dengan berseleranya, dan pada malamnya beliau tidak berqiammullail". Kata Imam Malik: " Nanti Aku tanyakan padanya, kenapa dia tidak bangun solat malam semalam".

Lantas Imam Malik berjumpa dgn Imam Syafie, dan bertanyakan perkata yg ditanyakan oleh anaknya. Lantas Imam Syafie menjawab:"Wahai Guruku, aku makan dengan berseleranya kerana aku yakin, ia adalah dari sumber yg halal sepenuhnya, kerna itu aku sgt berselera, Keduanya setelah aku makan, aku berehat, dalam masa berehat aku memikirkan permasalah sehingga aku dpt menyelesaikan sehingga 100 permasalahan, bukankah berfikir sejenak itu lebih baik dari solat malam?"

Kata Imam Malik:"Benar Katamu Wahai anak didikku".Lantas Imam Malik r.a tersenyum dan menyampaikan perkara ini kepada anaknya.

. Allahu~

Beza Antara Perempuan & Muslimah ♥

11:40 PM Posted by firassafiq No comments
:: Perempuan ::

Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya ..

Apabila teruna mendekati selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah ..

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya ..

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan langkah ..

:: Muslimah ::

Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak panah syaitan ..

Apabila teruna mendekati selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah ..

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis ..

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana ..

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari Akan erti maruah peribadi sejati Yang diselaputi iman yang hakiki Yang tidak mudah dicemari…

La tahzan Innallaaha maana ..

Ronaldo, Messi, Beckham, and Herbalife.

11:31 PM Posted by firassafiq No comments

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Hari ini aku nak membebel tentang 3 mamat bola ni. Walaupun aku tak pernah main bola. 

Dear readers, BACA BETUL-BETUL. 


Now, all three ada "Herbalife" on it. 

Namun begitu, aku tidak mengatakan ketiga-tiganya consume Herbalife.


DAVID BECKHAM

Beckham? Yes. Boleh kata Herbalife International is the Nutrition Sponsorship for David Beckham. Tapi Herbalife dalam event-event nya jarang menyentuh soal Beckham ni. So that's all I can say.
  

CRISTIANO RONALDO

Cristiano Ronaldo? Clearly, he is wearing a Herbalife tshirt in this photo. But this DOES NOT MEAN HE USES HERBALIFE. Sorry aku agak takut sikit claim-claim ni. Produk kita, Herbalife, ada integrity yang sangat tinggi. Dan menyebarkan sesuatu yang kurang jelas kemungkinan boleh merosakkan integriti ini. Kalau betul he consume Herbalife, then all of us happy! Tapi kalaulah dia hanya memakai Tshirt Herbalife, kan tercalar integrity kita. =)


However, one thing that can be proud of adalah, such a famous sport star macam Ronaldo ni boleh memakai Tshirt Herbalife, Herbalife ni bukan lagi produk kelas bawahan/sederhana. Cuba Google, Tshirt apa lagi yang Ronaldo ni pernah pakai? Ada ke pakai tshirt brand-brand tepehape? Takde kan? 

Clearly this makes Herbalife is NOT A WEIGHT LOSS COMPANY semata-mata. Kelakar gila kalau sportsman pakai branding produk weight loss!! LOL. Sebab Herbalife is a Nutrition Company. NUTRITION. Tiada yang bercanggah antara sukan, kesihatan, dan nutrisi. ^__^



LIONEL MESSI

As for Messi, beliau bukan sahaja consume Herbalife, malah cintakan Herbalife!! 




Bukan berlakon depan camera, tetapi benar2 menggunakan produk secara serious.




Macam mana passionatenya Herbalifer minum shake setiap hari, begitu juga Messi. He loves the product!!

"Messi is not a fake Herbalife athlete." Maknanya Messi sangat cintakan product, bukannya fake je semata-mata. Messi pernah spend masa berjalan-jalan bersama Herbalife Family Foundation (yayasan bantuan Herbalife untuk kanak-kanak).


Messi di Casa Herbalife Korea bersama Bill Rahn dan Rob Levy. 
(Kita jalan jumpa 2 gentleman ni di Extravaganza InsyaAllah)



AGAIN, Clearly this makes Herbalife is NOT A WEIGHT LOSS COMPANY!!! Herbalife is a Nutrition Company. NUTRITION. You cannot think Herbalife semata-mata for weight loss, because Messi and Beckham doesn't need to lose weight. They need very much Nutrition. 


Ahli sukan Herbalife yang kami pernah temu bual hanyalah Azizul Hasni Awang.  Katanya beliau minum 4 Shake sehari kalau takde latihan sangat. Kalau banyak latihan, means he will drink more. Beliau juga mention bagaimana Herbalife SANGAT membantu dalam performance nya, and he loves Herbalife shakes. 



Kalau aku dapat jumpa Messi sendiri pun, nak aku tanya berapa shake Messi minum sehari? 

If you think Herbalife is a cikai product, think again. These athletes worth million dollars, why would they involved themselves with something yang meragukan?? ^_^

Oh tentang Ronaldo tadi, berjaga-jaga dalam spreading. Pada tahun 2007, Nelly Furtado memaparkan di majalah 'People' yang beliau dapat meningkatkan performance beliau dengan product Lift Off Herbalife. And you know how crazy Herbalife people can be on promoting this! Herbalife terus mengeluarkan surat kepada semua distributor; 







































See. Herbalife is a big company. 

So when Cristiano Ronaldo WEARS Herbalife, he WEARS it. Not consume it. ;)

I am a very honest and careful Herbalife distributor. I will only share what has been taught in the Extravaganza, Herbalife University, Summit, or any other reliable sources. I NEVER MISS ALL THESE TRAININGS THAT WILL HELP TO MAKE ME BECOME A MORE PROFESSIONAL DISTRIBUTOR. May Allah always always always guide us. Ameen. 

Kami, Herbalife Distributor, yang betul-betul serious commit events ni, bukanlah penjual/salesperson biasa je. 

Distributors, semua pergi ke Extravaganza ke untuk meningkatkan professionalism anda? Kalau tak pergi, macam mana nak dapat income professional kan.


Sumber : http://amalina-peter.blogspot.com/2013/06/ronaldo-messi-beckham-and-herbalife.html