Tuesday, January 17, 2012

REMAJA BERWAWASAN AKHIRAT

1:06 AM Posted by firassafiq No comments
Sebuah kisah seorang remaja bernama Sa'labah Bin Abdul Rahman.
Remaja yang umurnya baru 17 tahun.Wawasan dan visi hidupnya adalah akhirat.Takutnya hanya pada Allah. 

Ini bukan kisah remaja kita..yang terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Sa'labah ini.
Satu hari, Sa'labah ini berjalan ke satu tempat atas perintah Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan, Sa'labah lalu dihadapan sebuah rumah dan secara tidak sengaja dia terlihat seorang wanita yang sedang mandi

Lantas dipalingkan mukanya, terus melafazkan astaghfirullahalazim dengan terasa berat sekali beban menanggung dosa yang tidak sengaja dilakukan. Disaat itu, hatinya terdetik dengan penuh debaran, apakah malaikat Jibril telah melaporkan pada nabi perihal dosa yang telah dilakukan? Apakah Allah telah menurunkan ayat yang menyenaraikan namanya dalam kalangan orang yang akan ditempatkan neraka? Dia takut sekali akan azab yang akan ditanggung oleh sebab dosa kedua matanya itu.

Sa'labah merasa lemah sekali. Ketakutannya pada azab Allah menghilangkan seleranya untuk makan. Sehingga kering tubuhnya. Satu hari Rasulullah s.a.w datang menziarahinya, diangkat kepala Sa'labah lalu diletakkan diatas riba baginda.

Sa'labah mengalihkan kepalanya dari riba Rasulullah s.a.w.
"Mengapa wahai Sa'labah?", tanya Rasulullah.

Sa'labah menjawab," Kepala yang penuh dosa ini tidak layak berada di ribamu ya Rasulullah"

"Wahai Sa'labah, bersaksilah bahawa Allah menerima taubatmu itu",kata Rasulullah.

Akhirnya Sa'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di ribaan Rasulullah bersama sejuknya pengampunan dari Allah. Disaat jenazah Sa'labah hendak dikuburkan, Rasulullah yang datang agak lamabat kelihatan begitu sukar perjalanannya meskipun sudah dibuka laluan oleh para sahabat.

Para sahabat bertanya, "Mengapa begitu sukar sekali laluanmu ya Rasulullah?"
Maka Rasulullah menjawab."Engkau tidak lihat betapa ramainya malaikat yang mengiringi jenazah Sa'labah sehingga bersesak-sesak"

Mulianya kematian anak muda itu, sudahlah mati di ribaan baginda Rasulullah s.a.w, jenazahnya pula diiringgi oleh ribuan malaikat. Inilah kisah anak muda yang berwawasan akhirat. Dia anak muda seperti kita. Namun visi hidupnya jauh berbeza dengan kita. Terlalu jauh. Visi hidupnya itu terpasak kukuh dalam jiwanya.Visi itulah yang mengarahkan hidupnya hanya pada Allah. Apakah visi itu?
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah".

Itulah visi hidup yang sepatutnya telah lama berakar tunjang dalam jiwa kita kerana itilah lafaz yang lita ucapkan 5 kali sehari dalam solat. Namun hakikatnya lafaz itu tidak pernah memberi kesan kepada jiwa kita, hanya sekadar dimulut, tidak pernah masuk ke dalam hati kita. Mungkin itulah puncanya remaja kita (termasuk kita juga) solat, namun tidak mampu meninggalkan perkara yang dilarang Allah Taala. Sedang kita tahu solat itu mencegah perkara yang keji dan mungkar.

Bila lafaz itu telah sebati dalam hati dan jiwa kita, insyaallah itulah yang akan menggerakkan lidah kita untuk berkata yang baik-baik saja, itulah yang akan menggerakkan seluruh anggota kita untu melaksanakan ketaatan pada semua perintahnya. Hati dan akal tidak mudah terpujuk oleh nafsu, tidak pernah leka pada hiburan-hiburan yang diagungkan barat, tidak tunduk pada kehendak syaitan laknatullah. Malah hati sentiasa akan berkata 'tidak' pada yang haram. Jiwa subur dengan keimanan dan kecintaan padaNya. Ujian apa pun yang menimpa dihadapi dengan tabah kerana di hati yakin ujian itu tanda cinta Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya. Bila gembira, dirai dengan sekadarnya kerana gembira di dunia hanya sementara, kegembiraan di akhirat jua yang dimpikan.

Begitulah hati yang mekar dengan cinta pada Allah dan akhirat. Kerana apa? Kerana jati dirinya, wawasannya, serta hidupnya adalah mengharap keredhaan Allah semata-mata..
Moga hati kita dibersihkan dari kotoran dosa dan maksiat yang telah kita lakukan, moga hati dan jiwa kita dilapangkan, disinari dengan nurNya.agar hati kita ini lembut dengan segala kebaikan dan keras dengan segala kemungkaran..Tiada yang kita harapkan emlainkan keredhaanNya..Bukan nikmat dunia yangsementara kita inginkan, tapi jannahNya yang kita rindukan.moga kita, ahli keluarga kita serta sahabat-sahabat kita dibimbingnya dan dipilih untuk mendiami jannahNya. Amin.InsyaAllah=')

Istighfar Amalan Kekal Nikmat, Hindar Musibah, Hapus Dosa

12:48 AM Posted by firassafiq No comments
SESUNGGUHNYA kehidupan paling bernilai bagi seorang insan bermula dari saat dilantunkan taubat, dijatuhkan butir air mata dan diperah segenap perasaan yang mengaku berdosa. Taubat bukan hanya hak milik sesetengah mereka yang berdosa, kotor dan jelik pada pandangan manusia.

Taubat juga amalan nabi dan rasul, orang salih serta pejuang ilmu yang mengamalkan agamanya dengan segenap pengorbanan. Baginda SAW mengajar umatnya sentiasa berasa diri hina di hadapan Allah walaupun selepas berada pada kemuncak amal yang paling ikhlas.

Sehingga tidaklah lahir pada jiwa orang yang beramal itu rasa suci dan hebat berbanding orang lain. Betapa ramainya orang terseleweng selepas melakukan amal salih, iaitu apabila menganggap diri sempurna dan memandang rendah pada orang lain.

Belitan iblis terlalu halus, ia datang tanpa disedari orang beramal. Untuk itu, Baginda SAW mendidik sahabat supaya membiasakan diri melafazkan istighfar selesai saja mengerjakan sembahyang dan amal salih yang mungkin dicemari riak.

Istighfar yang memerlukan istighfar lainnya, begitulah hakikat apabila berada pada kemuncak ilmu dan amal. Semakin tinggi ilmu dan makrifah seorang hamba kepada Allah semakin jatuh hatinya rebah ke tanah, mengaku tidak mampu memikul amanah dan menyesal atas setiap detik berlalu dalam keadaan bermaksiat kepada Allah dan menganiaya manusia.

Alangkah peliknya, hamba yang tidak mengambil berat mengenai istighfar. Mengapa? Apakah kerana amalnya sudah cukup untuk menghapus kejahatannya, atau hatinya sudah mencapai tahap keikhlasan yang murni?

Apakah ilmu yang dimiliki mampu mendekatkan dirinya kepada Allah? Apakah sudah lahir akhlak mulia di mata manusia sehingga kedudukannya bagaikan permata berkilauan di tengah-tengah mereka?

Sedangkan Nabi SAW dan sahabat yang sudah berada pada tahap ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah menyediakan masa, membuat pengakuan taubat pada penghujung malam pada waktu sahur. Tidakkah hamba lalai dan sedikit ilmu itu lebih memerlukan taubat untuk menghidupkan kembali jiwa mereka?

Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dalam sembahyang malam dengan lafaz yang bermaksud: �
Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang malampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.� (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Jika kekasih Allah masih menganggap dirinya berdosa, mengapa manusia biasa tidak sudi mengaku hina? Sesungguhnya tangisan taubat umpama air hujan yang menyuburkan tanah, menghasilkan rimbun daun dan lebatnya buah.

Ia menghidupkan jiwa insan yang hampir mati, menggetarkan hati beku oleh maksiat dan membuka jalan bagi mengenali Tuhan. Oleh itu, hanya yang pernah merasai kemanisan taubat memahami hakikat ini.

Mereka tidak pernah jemu membuat pengakuan dalam hati dan lisan setiap kali melakukan suatu perbuatan, mengharap Allah mengampuni apa yang tersilap secara disedari atau tidak. Kemanisan taubat bukan hanya dapat dirasai dalam hati tetapi ia janji Allah bagi mereka yang menepati.

Begitulah khabar daripada al-Quran dan sunnah mengenai keutamaan taubat. Ada tiga kesenangan yang layak dimiliki pencinta taubat. Pertama, dikurniakan kenikmatan berpanjangan. Kemudian terhindar daripada pelbagai musibah dan ketiga, menjadi penghapus dosa.

Adapun dalilnya disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menjadi cahaya bagi orang mencari jalan keselamatan.

Nabi Hud menyeru umatnya untuk kembali kepada Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: �Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.� (Surah Hud, ayat 3)

Begitu juga Nabi Nuh yang bersabar selama 950 tahun menasihati umat supaya bertaubat. Al-Quran merakamkan kenyataan Nabi Nuh dengan janji yang turun daripada Allah yang bermaksud: �Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.� (Surah Nuh ayat, ayat 10-12)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengulas mengenai nikmat dikurniakan Allah kepada orang yang bertaubat, bahawa kenikmatan itu mencakupi jasmani dan rohaninya. Kerana ramai orang yang nampak saja bahagia dengan harta benda tetapi menderita jiwa dan rohaninya.

Sedangkan Allah tidak sesekali menurunkan kesusahan, kecemasan dan penderitaan kepada orang yang mencintai taubat dengan rezeki menggembirakan hati. Oleh itu, sesiapa merasai kesedihan dan suka merungut dengan pemberian Allah hendaklah memperbaharui taubatnya. Boleh jadi tiada keberkatan dalam rezekinya disebabkan dia meninggalkan taubat.

Yang kedua, taubat menjadi benteng melindungi seorang hamba daripada musibah. Firman Allah yang bermaksud: �Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.� (Surah Al-Anfal, ayat 33)

Sesungguhnya ada dua jenis musibah dalam kehidupan manusia iaitu musibah yang memberi pengajaran semata-mata untuk mempertingkatkan keimanannya kepada Allah, berlaku kepada orang Islam dan musibah berupa azab yang menutup peluang serta merta kepada orang kafir yang dilaknat.

Walau bagaimanapun, musibah tetap menjadi suatu kenyataan menakutkan bagi orang mukmin dan mereka disuruh berlindung kepada Allah daripada sebarang mudarat yang boleh membahayakan iman.

Hakikatnya, musibah paling dahsyat bagi orang mukmin adalah terhalangnya diri daripada merasai kenikmatan bermunajat kepada Allah. Hal ini pernah diungkapkan melalui luahan jiwa seorang pendeta bani Israil seperti mana disebut dalam kitab Shaydul Khatir.

Ibnul Qayyim mengungkapnya: �Pendeta bani Israil itu berkata: Wahai Tuhanku, betapa aku sering melakukan maksiat kepada-Mu, tetapi mengapa tak kunjung datang azab-Mu menimpa diriku? Didatangkan ilham kepadanya melalui ilmunya: Alangkah besarnya azab Allah kepadamu, tetapi engkau tidak mengetahui hakikatnya. Tidakkah engkau berasa dirimu dihalangi daripada merasai kemanisan beribadat kepada-Nya?

Untuk itu benteng bagi orang beriman adalah taubat kerana dengan istighfar sesukar apapun musibah yang ditelan ia tidak akan menjejaskan agamanya dan hatinya pun sentiasa diliputi kemanisan iman. Ia adalah janji dan pertolongan Allah kepada pencinta taubat.

Keutamaan taubat yang terakhir, ia menjadi penghapus dosa dan pembuka pintu syurga seperti firman Allah yang bermaksud: �Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.� (Surah Ali Imran, ayat 135-136)

Sesungguhnya sesiapa yang mencari kasih sayang Allah, carilah ia dengan taubat, sesiapa yang menjual dunia untuk mendapatkan akhirat janganlah lupakan taubat, kerana walaupun amal soleh berjaya dikumpulkan tidak mustahil dicemari hasutan syaitan.

Tangisilah dirimu, biarkan syaitan berputus asa. Hakikatnya, tangisanmu itu membuat syaitan menangis juga. Seperti mana dia menangis melihat seorang hamba bersujud kepada Allah, sedangkan dia dulu tidak mahu bersujud.

KAITAN AURA WARNA DENGAN SOLAT

12:41 AM Posted by firassafiq 2 comments


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud . Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya .Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spectrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, thalamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah S.W.T tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Maklumat di atas ialah artikel yang saya ambil daripada laman web Ust Zahazan. Kalau melihat kepada perubahan warna tenaga alam yang berlaku seharian,kita akan dapati bahawa jika kita ingin meningkatkan aura karismatik dalam diri ia boleh dilakukan melalui memperbanyakkan amalan kerohanian pada waktu 2/3 malam. amalan yang paling dituntut ialah Solat Tahajjud. inilah rahsia kewibawaan ulama-ulama silam. Kerana itulah Islam dapat memimpin 2/3 dunia dengan begitu cemerlang. Disarankan kepada para pemimpin menjadikan solat tahajjud sebagai agenda utama di dalam kehidupan.
Manakala untuk meningkatkan kemahiran komunikasi pula, pembaca disarankan agar menghidupkan amalan pada waktu subuh. Bangun awal dan solat pada awal waktu kerana ia boleh menolong untuk menstabilkan aura biru yang ada di dalam tubuh.

Bagi saya,sudah tiba masanya kajian-kajian mengenai tenaga atau aura ini di perkasakan. Hal ini demikian kerana ilmu tenaga ini sebenarnya dipelopori oleh ulama-ulama Islam terutamanya yang ahli di dalam bidang tasauf. berdasarkan sedikit kajian yang saya lakukan, ilmu psikologi dan kaunseling sebenarnya di ambil daripada Islam melalui kitab-kitab ulama tasauf seperti Imam Al Ghazali melalui karyanya Ihya' Ulumuddin.

Pengajian tentang ilmu tenaga ini juga sebenarnya diajar secara tidak langsung di institusi-institusi pondok di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu sehinggalah hari ini. Sejarah persilatan di Tanah Melayu juga bermula di ajar di pondok-pondok pengajian agama. Ilmu pengawalan tenaga ini didisiplinkan melalui ilmu persilatan di dalam bab pengawalan pernafasan. ini menunjukkan bahawa ulama-ulama nusantara merupakan seorang yang bukan sahaja pakar agama tetapi mereka juga merupakan pakar sains fizik,kimia dan biologi. Ini terbukti dengan beberapa amalan yang kita jumpai di dalam kehidupan orang melayu hari ini adalah bersifat sains seperti mandi bunga, mandi di awal pagi, tutup pintu ketika maghrib dan lain-lain. Sains membuktikan bahawa mandi bunga sebenarnya ialah bertujuan menstabilkan warna aura yang ada di dalam tubuh manusia. Kerana itu mandi bunga dilakukan dengan menggunakan 7 jenis bunga yang mempunyai 7 warna yang berbeza dan pada waktu tertentu.Begitu juga dengan mandi pada waktu sebelum subuh terbukti dapat menyambung kembali urat-urat kecil dan saraf yang terputus di dalam tubuh manusia.Ia akan membuatkan tubuh kita lebih segar dan bermaya.

Jadi mulai dari sekarang marilah kita gerakkan kembali suatu gagasan untuk mengembalikan ilmu yang begitu bernilai yang semakin hilang ditelan zaman ini. Menjadi suatu kerugian jika kita tidak mengkaji petua-petua orang tua kita kerana sebenarnya, ia sarat dengan pelbagai ilmu sains!

Islam tidak pernah melarang aktiviti keilmuan yang tidak tergelincir dari Al Quran dan Al Sunnah.Perbetul yang terseleweng dan perkasakan mana yang tepat dengan syariah.Selamat mengkaji!


Sumber : Ustaz Zahazan

Wanita Idaman Muslimin Soleh

12:24 AM Posted by firassafiq No comments


Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.
Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,
Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Kisah Role Model ku

12:14 AM Posted by firassafiq No comments
RAMAI yang pernah mendengar mengenai Yayasan Al Bukhary, sebuah badan kebajikan yang telah membelanjakan beratus-ratus juta ringgit untuk tujuan amal.

Yayasan ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, seorang ahli perniagaan yang tidak gemarkan publisiti.

Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya ahli perniagaan ini dan bagaimana beliau membina empayar perniagaannya.

KEBELAKANGAN ini setiap kali apabila seseorang itu berkata mengenai Persyarikatan Malaysia, satu nama yang akan disebut berkali-kali ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Walaupun beliau tidak begitu diketahui umum, ahli perniagaan yang tidak gemar publisiti ini adalah pemilik pelbagai jenis perniagaan - rangkaian syarikat tenaga, pelabuhan, hotel, perkilangan dan pasar raya.

Beliau tidak pernah memberi sebarang wawancara kepada sesiapa lebih gemar kepada cara kehidupan yang low profile.

Namanya tidak pernah tercatat dalam mana-mana syarikat - termasuk syarikat awam yang disenaraikan di bursa saham walaupun beliau dikatakan telah membuat pelaburan berjuta-juta ringgit.

Keadaan ini menambah lagi misteri mengenai beliau.

Walau bagaimanapun, menurut mereka yang mengenali Syed Mokhtar, beliau bukanlah seorang yang gemar menyendiri seperti yang disangka.

Beliau adalah seorang yang mudah mesra, peramah dan fokus terhadap apa yang diusahakan selain menggemari gaya hidup yang serba ringkas.

Kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz yang terbaru bukanlah minat beliau.

Menurut seorang pemerhati, Syed Mokhtar hanya memandu kereta Proton Perdana model lama, berpakaian serba ringkas dan akan ke Sentul untuk menikmati teh tarik kegemarannya.

Beliau masih mempunyai sebuah kereta Mercedes yang telah berusia 20 tahun yang digunakan dari semasa ke semasa.

Syed Mokhtar juga menggunakan beg bimbit yang mungkin sama usia dengan kereta Mercedes tersebut.

Persoalannya, siapakah Syed Mokhtar dan apakah falsafah yang telah memberikan semangat kepada ahli perniagaan itu untuk menjadi seorang yang berjaya hari ini - mengambil alih projek-projek mega yang telah gagal dan mengusahakannya semula sehingga berjaya?

Jawapannya menurut Mohd. Sidik Shaik Osman, yang mengenali Syed Mokhtar sejak lebih 25 tahun lalu ahli perniagaan itu dilahirkan di sebuah rumah kampung beratapkan nipah milik kedua ibu bapanya pada 1951.

Kesusahan dan kemiskinan adalah dua perkara yang beliau amat fahami.

Bapa beliau, Syed Nor, adalah seorang pedagang berketurunan Yaman yang menetap di Kedah, menyara keluarga dengan menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan keperluan harian.

Syed Nor kemudiannya mengusahakan ladang ternakan lembu.

Bagaimanapun, hasil yang diperolehnya adalah amat sedikit dan keadaan memaksa Syed Mokhtar ke pasar setiap pagi sebelum ke sekolah untuk menjual roti canai dan sayur bayam yang ditanamnya sendiri di sebidang tanah kecil di sebelah rumahnya.

Semasa berusia 11 tahun, Syed Mokhtar telah dijaga oleh pakciknya di Johor Bahru yang mahukan beliau menceburi bidang ketenteraan tetapi dibantah oleh ibu bapanya. Disebabkan beliau telah didedahkan kepada suasana alam perniagaan, beliau tidak bersetuju dengan idea tersebut dan kembali ke Alor Setar.

Sekembali beliau ke kampung, perniagaan menjual lembu telah semakin pulih dan kehidupan Syed Mokhtar pada lewat tahun 1960 terbahagi dua - bersekolah di St. Michael Institution, di mana beliau menamatkan pelajarannya di tingkatan lima, dan pada masa yang sama membantu bapanya menguruskan perniagaan dan bertanggungjawab terhadap soal simpanan kira-kira dan urusan pengangkutan.

Gandingan bapa dan anak ini mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan.

Daripada sebuah perniagaan sendiri ia telah menjadikan Alor Setar kepada sebuah pusat perdagangan lembu. Walau bagaimanapun, kegembiraan dan kekayaan keluarga tersebut hanyalah sementara.

Wabak penyakit kaki dan mulut pada tahun 1970 telah membinasakan keseluruhan perniagaan lembu mereka. Kerana kecewa, bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menceburi bidang perniagaan itu.

Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.

Bagaimanapun, dalam masa beberapa minggu, anak muda ini telah bangkit semula. Kegagalan tidak mematahkan semangat Syed Mokhtar. Beliau menganggap ini semua sebagai halangan sementara yang telah memberikan beliau pengajaran yang amat bernilai.

Halangan sementara ini telah menjadikan beliau lebih bersemangat dan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Halangan ini telah memberi pengajaran kepada beliau iaitu jangan bergantung hanya kepada satu sumber perniagaan sahaja.

``Bermula dari situ, beliau semakin cenderung untuk mempelbagaikan empayar perniagaan,'' kata Mohd. Sidik, yang kini menerajui Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor.

Kekecewaan ayah beliau telah menjadi titik perubahan yang penting dalam kehidupan Syed Mokhtar.

Beliau mula menjalankan perniagaan dalam memperdagangkan barangan keperluan penting serta menjalinkan kerjasama dengan ahli perniagaan berketurunan Cina.

Pada tahun 1970-an, syarikat bumiputera yang ingin bekerjasama atau berurusan dengan usahawan Cina adalah sesuatu yang unik.

Beliau melakukannya untuk mempelajari cara terbaik menjalankan perniagaan.

Dalam masa yang singkat, beliau telah mempelajari dan membeli perniagaan yang dipelopori oleh ahli perniagaan Cina khususnya dalam bidang pengangkutan (lori), perniagaan dan pemasaran beras, pakaian, pemprosesan makanan dan ternakan.


Syed Mokhtar tokoh korporat disegani - 24/09/2002 - utusan malaysia
Daripada seorang ahli perniagaan kecil, beliau berjaya membawa dirinya kepada perniagaan yang lebih besar dengan menyertai projek-projek di bawah Persyarikatan Malaysia.

Beliau mula menceburi perniagaan utama pada tahun 1990 dengan mengambil alih dan menguasai saham-saham dalam beberapa syarikat awam yang tersenarai dan entiti kerajaan yang diswastakan, serta projek-projek terbengkalai yang amat memerlukan bantuan kewangan.

Hari ini, Syed Mokhtar muncul sebagai seorang ahli korporat yang disegani, satu usaha dan pengiktirafan yang beliau perolehi komitmen dan berkerja keras dengan matlamat untuk berjaya.

Bagaimanapun, terdapat satu aspek yang tidak pernah dibincangkan oleh media mengenai Syed Mokhtar.

Sebagai seorang Islam, beliau tidak pernah mengabaikan soal-soal kebajikan.

Beliau menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai projek kebajikan di bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan sebagai cara untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam.

Sehingga ini, beliau telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada tahun 2000, Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam di London - salah satu pusat pengajaran Islam yang terkemuka.

Sebuah pusat Yayasan Al Bukhary yang bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh senibina `Moorish' (Islam Maghribi) sedang dalam pembinaan di Alor Setar dan dijangka siap pada 2004.

``Pusat tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid, pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebuah universiti yang disediakan untuk pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa,'' kata Datuk Ismail Yusof yang mengetuai Yayasan Al Bukhary.

Tidak cukup dengan itu, bagi Syed Mokhtar, kebajikan bermaksud membantu mereka yang memerlukan, tidak kira bangsa atau agama.

Dalam hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah menyumbang kepada Projek Langkawi - projek yang diusahakan oleh Malaysian Chinese Association (MCA) untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah Cina dan memberikan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.

Beliau juga menyumbang mesin dialisis yang ditempatkan di sebuah bangunan rumah kedai di Kluang, Johor bagi kegunaan masyarakat setempat.

Bagaimanapun, sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang seni dan kebudayaan ialah pembinaan Muzium Seni Islam yang diwujudkan dengan kos RM110 juta.

Ia merupakan hasil seni yang tiada tolok bandingnya dan segera menerima pengiktirafan sebagai pusat pemikiran Islam sedunia.

Menurut Ismail: ``Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan Syed Mokhtar, ia adalah sikap rendah dirinya.

``Ini kerana segala kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya.

``Kaum keluarga, sahabat handai, saudara mara, rakan perniagaan dan manusia biasa yang telah beliau bantu boleh mengakui perkara ini''.

Syed Mokhtar mendirikan rumahtangga ketika berusia pertengahan 40-an dan sekarang mempunyai empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Ismail berkata, Syed Mokhtar menjadikan pendidikan sebagai tanggungjawab utama kepada adik beradiknya kerana ia adalah sesuatu yang beliau tidak mampu miliki kerana kesempitan wang.


``Beliau mahu melihat adik beradiknya mendirikan rumahtangga dan berada pada kedudukan kewangan yang stabil dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga,'' katanya.


Sehingga hari ini, Syed Mokhtar bekerja dari siang hingga larut malam dan ada kalanya sehingga pagi.

Rumahnya adalah juga ibu pejabat korporat, di mana beliau mengikuti perkembangan syarikat-syarikat dan kebajikan lebih 20,000 pengurus dan kakitangannya.

Dewan di rumah beliau di Kuala Lumpur adalah bilik mesyuarat utama.

Beliau berjumpa dengan pengarah-pengarah eksekutif dan pengurus-pengurusnya seminggu sekali.

Syed Mokhtar hanya melakukan lawatan kerja jika perlu selain gemar mengadakan perjalanan balik-hari kerana beliau mahu meluangkan masa berkualiti bersama pekerja dan keluarga.

Mohd. Sidik, yang selalu mengunjunginya di rumah beliau berkata:

``Syed Mokhtar sebenarnya bukanlah seorang yang suka menyendiri, sebaliknya adalah seorang yang rendah diri dan suka membantu orang lain.

``Di sebalik kemewahan hidupnya, beliau menjauhi pembaziran dan percaya kepada kesederhanaan dan kualiti dalam semua aspek kehidupan''.


Syed Mokhtar telah mengharungi perjalanan yang jauh - bermula dari membantu bapanya dalam perniagaan lembu kepada memiliki empayar perniagaan yang besar serta dikagumi.

Beliau telah mengambil 30 tahun untuk membina portfolio perniagaannya, tetapi dalam masa itu, beliau tidak pernah memandang kebelakang.

Beliau mahu maju kehadapan dan menggabungkan empayar perniagaannya dan berkongsi kejayaannya.

Beliau juga sering di label sebagai seorang yang `tamak' tetapi pernahkan seseorang itu terfikir beliau juga berkongsi kejayaan dengan lapan juta pemegang saham menerusi Perbadanan Nasional Berhad yang mempunyai pegangan besar dalam salah satu syarikatnya, Malaysia Mining Corporation.


Menurut Ismail, Syed Mokhtar berpegang kepada dua prinsip asas kejayaannya iaitu - berserah kepada tuhan dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.

Indahnya Cinta Kerana Allah.

12:03 AM Posted by firassafiq No comments


Komik ini diadaptasi dari kisah benar




 A student was once studying in Delhi. The night had already set in, as he sat alone in the mosque. Studying by the lamp’s flame.
In the same locality a young lady was on her way to visit some relatives. However, a riot broke out and the street were not longer safe..


 The young lady could find no place of refuge except this very mosque
 When the student saw her, he ordered her to leave immediately.