MENGENAI BANJIR
Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras
bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.
MASALAH MASALAH YANG BERLAKU SEMASA BANJIR
- Lemas.
- Terkena renjatan elektrik.
- Terdedah kepada pelbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjauth ke dalam longkang.
- Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit birit dan demam kepialu.
TINDAKAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEMASA BANJIR
- Jauhi kawasan yang dilanda banjir.
- Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa.
- Matikan semua punca bekalan elektirk apabila berpindah.
- Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir.
BAGAIMANA KITA BOLEH MENJAGA KESIHTAN KETIKA BERADA DI PUSAT
PEMINDAHAN?
- Sentiasa minum air yang telah dimasak.
- Makan makanan yang dimasak sahaja.
- Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling.
- Guna tandas yang sempurna.
- Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor.
- Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit birit dan muntah muntah.
Sumber : Mohd Zaeem dan Mohd Ridzuan (Berita Harian)
0 comments:
Post a Comment