Tuesday, May 13, 2014

Masalah Bau Mulut Sampai Aku Tutup Mulut Bila Bercakap

10:23 AM Posted by firassafiq 2 comments
Zaman sekolah aku seringkali dilabel sebagai seorang yang malu kerana apabila aku mulakan apa apa conversation aku seolah olah menutup rapat mulutku. Perbuatan aku ini memang seringkali menjadi bahan ketawa rakan kelas terutama pelajar perempuan. Huh ! Aku bukan seorang pemalu sebenarnya tetapi aku takut mulut aku berbau. Itu saja sebenarnya disebalik kisah tutup mulut aku. Tapikan bagilah aku ruang kawan kawan untuk bercerita serba sedikit mengapa dan kenapa mulut kita berbau? Memang perkara sebegini memang aku tak suka sebab apa? Sebabnya kita bangun tidur bagi pelajar macam aku dahulu kala, pergi sekolah test bau, memang berbau :D Antara punca mulut berbau kalau kome nak tahulah, aku hanya boleh bagi 5 punca punca mulut berbau. 

Sebenarnya mulut berbau atau lebih dikenali sebagai Halitosis disebabkan berikut:

1. Masalah malas gosok gigi dikalangan remaja atau kanak kanak. Dewasa pun ada yang malas taw ! Mungkin tiada teknologi kot :D Apabila kita makan sebelum tidur, partikal makanan akan melekat di gusi, gigi dan lidah. Bakteria amat mudah bergerak waktu kita tidur !


2. Masalah merokok tak berhenti henti. Salah kerajaankah? Haha :D . Masalah merokok ini amat sukar dibendung kerana apa ? Aku pun tak tahu sebab aku juga perokok tapi tak tegar. Seminggu sebatang rasanya :D . Apabila kita merokok, gigi jadi kuning dan deria rasa lidah kita hilang sedikit demi sedikit. Punca berbau mulut. Tak percaya, cium bau nafas mulut boipren anda ! :D

3. Ketiganya, aku nak habaq kat angpa semua, masalah mulut kering also known as Xerostomia. Mulut kering adalah disebabkan air liur kurang. Sebab air liur kurang adalah berpunca sikap minum air kurang. Haha :D . Minumlah banyak banyak air kawan kawan ! . Selain minum air kosong saja ! Aku cadangkan sekali sekala angpa minum air lemon dan berkumur air garam. 

4. Selain itu juga, masalah gusi bengkak atau lebih dikenali sebagai Periodontal juga merupakan salah satu faktor mulut berbau.

5. Last but not least, penyakit juga mempengaruhi mulut berbau. Contohnya, Diabetes, Pneumonia, Bronchitis, Infeksi Sinus, Buah Pinggang dan sakit Paru Paru.

Walaubagaimanapun, antara punca utama masalah gigi berbau sebenarnya sikap malas gosok gigi bila nak tidur. Pagi saja gosok ! Ubahlah lepas ini gosok tiga kali sehari. Hehe :D
Teruskan usaha anda selama tiga bulan untuk tengok kesannya :D Dan kurangkan hisap rokok ! :D







 

2 comments:

  1. bronchitis tu apa yea? explain please..

    ReplyDelete
  2. sekarang masih berbau lagi?

    ReplyDelete