Thursday, May 15, 2014

Cara Jaga Kulit

11:02 AM Posted by firassafiq No comments
1. Pelembap 
        Rajinlah mengenakan pelembap selepas mandi dan setiap kali kulit berasa kering kerana pelembap berfungsi untuk mencegah kekeringan kulit.Pelembap atau losen badan mengandungi bahan seperti emolien yang digunakan untuk menjaga kulit supaya nampak halus, licin dan lembut. Selain itu, emolien membentuk lapisan pada permukaan kulit untuk mengurangkan kulit bersisik dan memperbaiki penampilan kulit. Pelembap yang mengandungi unsur air biasanya lebih digemari kerana mudah menyerap ke dalam kulit dan memberikan keselesaan kepada si pemakai.




Tidur sepuas puasnya waktu kecil. Nanti besar banyak kerja.
Sumber : www.google.com

2. Jangan abaikan krim pelindung matahari
 
        Gunakan pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada kegelapan dan penuaan terutama bagi yang kerap terdedah kepada cahaya matahari.Sinar ultraungu memberikan tanda penuaan awal pada kulit dengan cara mengering dan membentuk kedutan pada kulit.

3. Pilih serum


        Sekiranya wajah anda mulai nampak kedutan halus, selain menggunakan pelembap, gunakan juga serum secara teratur kerana kandungannya lebih padat berbanding pelembap biasa. Antara yang baik, pilih serum dengan formula antipenuaan dan ketegangan.


4. Krim antioksida


        Krim yang mengandungi antioksida sangat bermanfaat untuk melindungi kulit daripada kesan pencemaran contohnya asap rokok dan udara. Ini kerana karbon dioksida yang terkandung di dalam asap akan membuatkan kulit menjadi kering dan kedutan akan mula kelihatan.


5. Amalkan senaman


        Sekiranya anda jarang atau langsung tidak bersenam, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya walaupun anda memakai barangan kosmetik yang mahal.
Senaman bukan saja dapat mengekalkan tubuh badan yang sihat malah boleh melancarkan peredaran darah. Lakukan senaman sekurang-kurangnya satu jam setiap dua kali seminggu.

6. Nutrisi yang cukup


        Pengambilan nutrisi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi vitamin A, C, dan E sangat baik untuk melembutkan tubuh badan. Vitamin A berguna untuk mencegah kekeringan kulit manakala vitamin C dan E terkenal kerana khasiatnya yang bertindak sebagai antioksida.


7. Senyuman


        Wajah ibarat cermin yang boleh menggambarkan perasaan atau emosi seseorang . Walaupun seorang wanita memiliki jawatan atau berpendidikan tinggi, dia tidak mampu menyembunyikan perasaannya yang resah, sedih, marah atau kecewa kerana segalanya terpapar di riak wajah.
Senyumlah pada orang di sekeliling anda kerana senyuman itu akan menyerlahkan kecantikan secara semula jadi. Senyuman juga boleh menjadi ubat bagi anda yang mengalami tekanan.

8. Tidur yang cukup


        Tidur yang cukup penting untuk kesihatan tubuh badan serta mengembalikan stamina agar segar pada keesokan hari.
Namun, tidak semua manusia dapat menikmati tidur yang betul-betul berkualiti. Kebiasaannya tekanan di tempat kerja atau masalah membuatkan seseorang itu sering berfikir hingga tidak dapat melelapkan mata.Tidur yang tidak berkualiti memberi kesan negatif kepada kesihatan tubuh. Ia membuatkan tubuh lemah, tidak bermaya dan penat sekali gus mengganggu perasaan dan penampilan anda.


Penulis : Farah Akillah Zolkefle
Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kekalkankelembutan_keanjalankulit/Article
 

0 comments:

Post a Comment