Pasti dalam diri kita pasti pernah terdetik untuk berubah.
Hatta perompak pun pasti dalam suatu saat dalam hidupnya ingin berubah. Mahu
berubah ke arah mana? Berubah ke arah kebaikan. Apabila kita ada rasa ingin
berubah atau melihat orang yang berada dalam keadaan ingin berubah ini, suka
diingatkan untuk kita, janganlah kita
menganggap refleksi itu sebagai ‘buang tabiat’ sebaliknya hendaklah kita fahami
dengan yakin, bahawa itulah sebenarnya fitrah.
Mari kita sama – sama bermuhasabah, bagaimana kita melayan
dosa-dosa kita? bagaimana kita melayan kesilapan – kesilapan lalu kita. Adakah
kita menganggap dosa itu satu perkara kecil? Hingga kita melengah-lengahkan
taubat kita kepada Allah SWT? Apakah kita menganggap, dosa itu satu perkara
yang bersih, sehingga kita tidak tergerak untuk mencucinya segera?
Sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri”
(Al-Baqarah :ayat 222)
Kalau najis, kita berusaha menyisihkannya dari diri kita.
Hatta tahi cicak, apabila kita nampak di dalam rumah, di atas masjid, kita akan
menyapu buang. Jangan kata perkara najis, perkara yang tak najis, macam kertas
bersepah, pun kita akan usaha kemas.
Apabila kita terkena kotoran najis, kita pasti merubah tempat yang
dicemari najis itu dengan kebersihan agar kita berasa lebih yakin dan suci dari
kekotoran najis tersebut kan. kita cuci dan sental giler giler punya najis itu
sehingga hilang segala kotoran.
Tapi bagaimana diri kita? bab dosa ini. Memang tidak dapat dinafikan
antara kita tiada yang tidak pernah melakukan dosa termasuklah yang menulis
ini. Tapi bagaimana kita melihat dosa itu yang penting. Pesan pada diri kita,
jangan biarkan diri kita ini melihat dosa itu ibarat lalat yang hinggap pada
hidung, kuis sikit dan lalat itu terus lari. Tetapi, pandanglah dosa itu
seperti gunung yang akan menghempap kita dengan najis yang jijik dan memualkan.
Setiap anak adam pasti pernah berbuat dosa dan sebaik-baik
orang yang berbuat dosa adalah orang-orang yang bertaubat” (HR.Tirmidzi dan
Ibnu Majah)
Pakaian yang kotor akan menjadikan manusia gelisah. Pakaian
yang bersih pula akan menjadikan manusia merasa tenang dan tidak gundah.
Pilihan sentiasa ada di tangan kita. Selagi Allah masih meminjamkan oksigen
kepada kita, selagi Allah masih meminjamkan jasad untuk kita, selagi Allah
masih meminjamkan nyawa untuk kita, peluang dan ruang untuk berubah itu
sentiasa ada. Sentiasa ada bukan langsung tiada !
Bayangkan jika anda sudah terjerumus di kawasan lumpur,
adakah anda mahu membiarkan lumpur – lumpur yang terlekat di badan anda begitu
sahaja tanpa ada rasa mahu membersihkannya? Pasti anda mahu membersihkannya
bukan? Oleh itu, marilah kita bersihkan diri kita daripada lumpur – lumpur dosa
kerna jika kita biarkan lumpur itu begitu saja lama kelamaan lumpur yang
terlekat pada kita itu akan susah
dibersihkan.
Mahu berubah kerana apa dan siapa?
Mari pasakkan dalam diri bahawa perubahan itu adalah kerana
Allah dan semata-mata mahukan keredhaanNya sahaja. Sama sekali bukan kerana manusia
atau material yang lain. Jika mahu berubah meninggalkan maksiat atau mahu
berubah menjadi baik dengan niat kerana Allah, InsyaAllah jika didatangi godaan
yang kita tidak sangka, maka kita tetap akan bertahan dengan prinsip perubahan
tersebut kerana niat asal kita adalah kerana Allah.
Pesan seorang sahabat saya, “jika kita mahu perubahan kita
itu kekal, marilah kita berubah benar –benar hanya kerna Allah Yang Kekal”.
Renung – renungkan dan selamat beramal .
Sumber : Farhan Mohd (Penulis Ilmi-Islam.com)
0 comments:
Post a Comment