Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr.Haji Fadzilah Kamsah.
- Dirikan solat dan banyakkan berdoa. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan " Ya Allah, jadikan hatiku bersih".
- Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100x sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
- Solat taubat. Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
- Membaca Al-Quran. Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang terapi. Sekurang kurangnya bacalah "Qulhu-Allah" sebanyak 3x.
- Bermaaf maafan sesama kwan setiap hari. Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
- Bisikan kepada diri perkara yang positif. Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah rendahkan kebolehan diri sendiri.
- Program minda atau cuci minda. Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya Allah cuci otak aku, cuci hatiku. esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Mneurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokakn harinya.
- Berpuasa. Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara perkara kejahatan.
- Cuba ingat tentang mati. Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila bila masa.
- Kekalkan wudhuk.
- Bersedekah.
- Belanja orang makan.
- Jaga makanan. Jangan makan makanan yang subhat.
- Berkawan dengan ulama.
- Berkawan dengan miskin. Cara untuk menginsafi kerana mudah mengerti kehidupan yang sebenar orang yang berada dalam kesusahan.
- Pesan kepada orang lain supaya menjadi baik.
- Menjaga pancaindera. Jangan dengar orang mengumpat.
Sumber : Cicinta
0 comments:
Post a Comment