Monday, June 3, 2013

Al- Fatihah - Pak Sudin Bujang Lapok Meninggal Dunia

10:31 PM Posted by firassafiq No comments

 

Pelakon komedi era P.Ramlee dan 50an S Shamsuddin meninggal dunia di rumahnya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura pada pukul 10.56 pagi ini, menurut anaknya Noredah.

Semua generasi Malaysia mengenali Pak Sudin yang popular dengan Filem Bujang Lapok nya bersama P.Ramle dan Aziz Satar. Pak Aziz pasti menjadi insan yang paling sedih ketika ini. Kini tinggallah beliau sahaja sebagai kenangan Bujang Lapok untuk kita semua.. Filem yang penuh komedi dan nilai kemasyarakatannya.


P Ramle popular dengan Filem jenakanya seperti Do Re Mi dan Bujang Lapok. Di kala semua hero utama Do Re Mi sudah meninggalkan kita, kini Pak Sudin menyusuli langkah mereka. Semoga kita terus menghargai jasa mereka yang sering mengembirakan kita sejak kecil hinggalah kini..

Ayuh sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada Arwah Pak Sudin.. Al - Fatihah .

0 comments:

Post a Comment