"Setiap pelajar IPT akan mendapat baucar RM200 seorang dalam bentuk 4 keping baucar RM50 dan bukannya dalam bentuk wang tunai," menurut kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin.
Menurut beliau lagi, pelajar-pelajar ipt hanya boleh membeli buku di kedai-kedai buku yang dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar RM200 hanya boleh digunakan di kedai-kedai tertentu sahaja.
Proses untuk dapatkan baucar RM200 itu, penerimanya harus menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan.
Nilai keseluruhan baucar yang diberikan adalah bernilai RM260 juta kepada 1.3 juta pelajar IPT di seluruh negara. Ianya akan diagihkan pada minggu pertama Januari tahun hadapan.
INFO TAMBAHAN DARI FACEBOOK DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN:
Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:
1. Semua pelajar warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik/NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.
6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012.
7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
0 comments:
Post a Comment