Tuesday, November 29, 2011

Total My Favourite story

11:33 PM Posted by firassafiq No comments

Ayat Ayat Cinta
Mengisahkan seorang pelajar Indonesia di Universiti Al-Azhar , Mesir ,Fahri Bin Abdullah Shiddiq yang tidak pernah mendekati perempuan selain ibu dan nendanya . Sehingga tahun S1 nya di Mesir , dia mengenali 4 wanita yang kemudian jatuh cinta padanya .. Nurul Azkiya , pelajar Al-Azhar anak kepada seorang alim yang Fahri merasakn tidak setaraf baginya walaupun menyukai Nurul . Ini menyebabkan Nurul tertanya dan terlambat meluahkan perasaan ketika Fahri baru bertunang . Aisha Binti Rudolf Kremas , wanita kelahiran Turki-Jerman yang kaya . Mengenali Fahri didalam sebuah metro [bas] . Fahri yang boleh berbahasa Jerman memudahkan perbualan . Dia memakai purdah yang menutupi mukanya . Noura , gadis suci yang sering di seksa keluarga sendiri kerana disalah anggap sebagai anak luar nikah oleh bapa dan kedua kakaknya , akirnya terserlah kebenaran . Namun , dia telah memfitnah Fahri merogolnya sebulan selepas Fahri menikah . Maria , gadis Katolik yang mengagumi AlQuran malah menghafal sebahagian surah . Tinggal di atas bilik Fahri . Dia mencintai Fahri sekian lama walau hanya menulis di diarinya sahaja . Di awal kisah , Fahri banyak menceritakan perihal Islam , menjawab pertanyaan seorang wartawan Amerika tentang wanita yang akhirnya memeluk Islam dan kehidupan di Mesir . Fahri kemudiannya di lamar oleh seorang wanita dan merima lamarannya walau tidak mengetahui siapa . Hinggalah waktunya dia dikurung di penjara bawah tanah dan diseksa dengan kesalahan merogol dan sebelum kebebasannya dengan kematian yang mennyintainya .

0 comments:

Post a Comment