Monday, February 18, 2013

Jangan Mencela Demam

8:06 PM Posted by firassafiq No comments
Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)

Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”

Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.

Taktik kotor Musuh anda !

8:03 PM Posted by firassafiq No comments
"Syaitan datang menggoda manusia dengan membisik-bisikkan manusia sehingga menganggap kecil sebuah maksiat. Kemudian apabila maksiat itu besar, yang tidak mungkin dianggap kecil, syaitan menggoda dengan, "nanti boleh taubat", maka dengan mudah manusia ini mengerjakan maksiat tersebut.."

(Syaikh Muhammad bin Salih al Utsaimin -rahimahullah- )

Sunday, October 21, 2012

Kejayaan dari setiap kegagalan

8:24 PM Posted by firassafiq No comments

    

    Menyebut perkataan kejayaan, semua orang ingin berjaya. Tiada satu pun yang ingin gagal. Tetapi tahukah anda apa yang tersirat dari kegagalan? Disebalik dari kegagalan itu terkandung seribu hikmah yang membawa kita kepada strategi untuk berjaya. Untuk kita melihat adakah benar Allah mengagalkan kita kerana Dia ingin mengajar kita mengenal dan mengetahui langkah seterusnya mengorak kepada kejayaan.


   Oleh itu bagaimana merangka strategi kejayaan setelah gagal. Bagaimana kita menganalisis kegagalan itu? Pertamanya kita perlu melihat PUNCA gagal. Mengenal pasti punca kegagalan boleh membantu kita melihat kelemahan-kelemahan kita dalam merangka kejayaan. Contohnya seorang pelajar yang merasa diri sudah tekun belajar unutk meraih keputusan yang cemerlang. Tetapi apabila keputusan diperoleh ternyata ia tidak berbaloi dengan segala keringat yahg telah diberi. Dari sini mungkin punca gagal kerana kita mungkin rajin membaca, tetapi sejauh mana apa yang kita baca itu telah kita faham?



    Contoh yang lain, seorang peniaga berulangkali mencuba dalam perniagaan, namun segala pelaburan tidak pernah memberikan hasil lumayan bahkah menambah hutang yang banyak. Oleh itu cari puncanya. Mungkin kita terlalu ghairah berniaga, walhal kita tiada kemahiran atau tiada strategi berniaga, atau juga perniagaan yang diceburi itu satu bidang yang tidak kita suka tetapi kerana mendengar tawaran berlipat ganda keuntungannya maka kita merasa seronok untuk melabur.



    Oleh itu gagal itu pasti ada sesuatu yang boleh kita pelajari. Jangan serik mencuba kerana putus asa tidak akan menghasilkan kejayaan. Tundukkan ego kita untuk menerima kesilapan serta belajar dari kesilapan tersebut.
wallahuaalam