Kronologi Sejarah Konflik
Palestin – Israel
Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit
Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan,
Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas,
dan kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara
Afrika, Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk sehinga lebih kurang 30 kali
dalam sejarahnya yang telah menjangkau 5000 tahun.
Bangsa
Kanaan merupakan kaum nomad yang sampai ke Palestin dari padang pasir
beribu-ribu tahun sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. dan mereka merupakan bangsa
pertama yang menghuni kawasan tersebut sebagaimana yang banyak dinyatakan dalam
kajian-kajian ahli sejarah. Mereka menamakan negara mereka sebagai Kanaan
(Canaan). Perkataan Palestin dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud
tanah air orang Philistina atau Filastin dalam bahasa Arab. Pada abad ke 19 dan
20, sebahagian besar tanah Palestin telah diceroboh oleh pendatang Yahudi dari
Eropah dan pada tahun 1948 mereka mengisytiharkan penubuhan negara Israel di
sebahagian besar tanah Palestin setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
mengundi untuk memecahkan Palestin yang diperintah dengan mandat antara bangsa
Arab Palestin dengan Yahudi.
Berikut
merupakan rentetan beberapa peristiwa penting dalam perkembangan konflik
Palestin-Israel sejak penguasaan Khilafah Utmaniyyah sehingga tahun 2005:
1516
Pemerintah
Uthmaniyyah dari Turki menakluki keseluruhan Timur Tengah termasuk Palestin.
Mereka telah menguasai kawasan ini selama 400 tahun.
Abad
ke-19
Orang-orang
Yahudi ditindas di Eropah. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah
ke Palestin. Mereka bersepadu dengan penduduk Arab dan mendapat tempat
perlindungan untuk mengamalkan agama mereka. Apabila kolonialisme Eropah
menakluki hampir seluruh dunia, lahirlah gerakan Zionisme, iaitu sebuah gerakan
politik yang mendakwa bahawa menurut Old Testament dan New Testament, semua
orang Yahudi mempunyai hak ekslusif ke atas Palestin. Pada masa yang sama,
pemerintahan Uthmaniyyah ke atas Palestin dan Timur Tengah menjadi kian lemah.
1869
Sebuah
konsortium Perancis-British telah membina Terusan Suez, menerusi Mesir. Terusan
yang dibuka pada 1869 ini menjadi jalan pintas ke jajahan Perancis dan jajahan
British Ia menjadi cukup penting sehingga British menggabungkan Mesir ke dalam
empayarnya pada tahun 1882. Terusan Suez dan kedudukan Timur Tengah yang strategik
membuatkan kawasan ini amat diperlukan oleh penjajah.
1896-1897
Theodor
Herzl, salah seorang pengasas Zionisme telah menulis sebuah buku berjudul The
Jewish State. Dalam buku ini, Herzl menyokong pembentukan negara Yahudi di
Palestin. Pada tahun berikutnya, gerakan Zionis mengadakan kongresnya yang
pertama di Basel, Switzerland. Penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan
orang Yahudi secara- besar-besaran ke Palestin.
1908
Minyak
ditemui buat kali pertama di Timur Tengah oleh orang British di Iran.
1914-1916
Perang
Dunia Pertama meletus. Orang Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan Perancis
yang semakin kuat di Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman.
Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong penghijrahan
orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasan, mereka menjanjikan negara Yahudi
yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez. Pada
masa yang sama, Britain berjanji kepada orang Arab bahawa mereka akan diberikan
kemerdekaan jika mereka bangun menentang orang Turki. Justeru orang Arab
memulakan pemberontakan. Sementara itu, Britain dan Perancis telah bertemu
secara sulit. Dengan menjangkakan bahawa orang Turki akan ditewaskan, kedua-dua
kuasa ini merancangkan pembahagian Timur Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot.
1917
Perisytiharan
Balfour pada 2 November menyaksikan Setiausaha Luar Negara Britain, Lord
Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan Britain kepada pembentukan
sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin. Orang Arab membantah.
Britain menenangkan mereka dengan berjanji bahawa penempatan Yahudi di Palestin
hanya dibenarkan sejauh mana penempatan mereka sejajar dengan kebebasan politik
dan ekonomi penduduk Arab. Bagi rakyat Palestin, 2 November menjadi hari
berkabung buat seluruh negara.
1918
Orang
Arab membebaskan Damsyik daripada pemerintahan Uthmaniyyah. Walaupun mereka
telah dijanjikan kemerdekaan, namun sebulan kemudian Britain menguasai Damsyik.
Britain, Perancis dan Amerika Syarikat memenangi Perang Dunia Pertama.
1920-1939
Liga
Bangsa dibentuk, dan jelas sekali sebahagian besar negara ahlinya merupakan
negara Eropah. Liga memberi Perancis mandat ke atas Syria, manakala Britain
diberi mandat ke atas Iraq, Jordan dan Palestin. Di sini mandat ringkasnya
membawa makna Britain dan Perancis mentadbir kawasan-kawasan ini sebagai
jajahan de facto. Pada 1 September 1920, Perancis membentuk Lubnan Besar,
merangkumi Gunung Lubnan dan beberapa bahagian Syria.
Dengan
persetujuan British, Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara
besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1919 dan 1936, penduduk Yahudi di
Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 orang. dalam tempoh yang sama,
penduduk Arab di Palestin bertambah dari 642 000 kepada 978 000 orang. Zionis
menubuhkan Dana Kebangsaan Yahudi untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka
dapat memperluaskan bahagian tanah mereka sebanyak 5.6 peratus sahaja.
Rakyat
Palestin membantah penhijrahan Zionis yang semakin pesat, tetapi Britain tidak
bertindak balas. Pada tahun 1936, Palestin mengisytiharkan mogok peringkat
kebangsaan sebagai membantah penghijrahan Zionis. Tidak lama kemudian mogok
rakyat Palestin bertukar menjadi pemberontakan bersenjata terhadap British.
Namun pada tahun 1939, British bersama Zionis telah berjaya menghancurkan pemberontakan
tersebut.
1943
Kemerdekaan
Lubnan, dan kuasa diagih-agihkan mengikut agama dengan kekuatan sesuatu
komuniti agama didasarkan kepada bilangan yang diandaikan. Kuasa orang Kristian
tidak dapat ditandingi, dipastikan oleh nisbah enam ahli Kristian kepada setiap
lima ahli Islam di Parlimen. Presiden mesti seorang Kristian Maronite. Perdana
Menteri seorang Muslim Sunni, Speaker Parlimen seorang Muslim Syiah dan
seterusnya daripada struktur yang berasaskan kepercayaan agama atau gabungan
yang terbentuk daripada komuniti bangsa. Pegawai kanan Angkatan Tentera Lubnan
kebanyakannya orang Kristian.
1939-1945
Perang
Dunia Kedua meletus. Dasar British berkaitan Palestin berubah dan secara
tiba-tiba sahaja mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis untuk menghalang
orang Arab daripada menyokong Jerman. Zionis mengaturkan penghijrahan secara
haram dan terus terang menentang British. Di Eropah, Adolf Hitler memulakan
penghapusan etnik Yahudi. Sebelum Jerman tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah
dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di
bawah program Zionis. United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan Jordan mencapai kemerdekaan tetapi tidak
Palestin.
1946
Pertempuran
ganas antara orang Yahudi Zionis dengan rakyat Palestin. Britain tidak lagi
dapat mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu
Palestin.
1947
Resolusi
Pemecahan yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat Zionis
Yahudi dengan orang Arab Palestin. Rakyat Paletsin menolak pembahagian tanah
air mereka. Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan memulakan
kempen keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari
meninggalkan kampung halaman.
1948
Tentera-tentera
British meninggalkan Palestin. Zionis mengisytiharkan negara Israel untuk kaum
Yahudi. Negara-negara Arab menghantar angkatan tentera untuk menentang negara
baru ini. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel.
Ankatan tentera Arab terpaksa berundur dan hanya mampu mengekalkan Tebing Barat
Palestin dan Gaza. Jordan menguasai Tebing Barat dan Mesir mengambil alih
pentadbiran Gaza.
1949
Israel
diterima sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama PBB mengarahkan Israel
untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel
tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem
pelarian di bawah kelolaan UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordan,
Lubnan, Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Rakyat Palestin tidak menubuhkan
sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli dan
menanti sahaja kedatangan tentera Arab untuk membebaskan Palestin.
1956
Mesir
memiliknegarakan Terusan Suez. Israel, Britain, dan Perancis menentang Mesir.
Kesatuan Soviet mengancam akan mengebom Paris dan London. Amerika Syarikat
memaksa penyerang berundur. Sekumpulan penuntut Palestin-salah seorang daripada
mereka ialah Yasser Arafat- memutuskan untuk bertindak sendiri dan mereka
menubuhkan Gerakan Pembebasan Palestin atau al-Fatah.
1958
8 Mei:
Perang Saudara Lubnan yang pertama bermula. Perang berakhir pada 14 Oktober.
1964
Negara-negara
Liga Arab menubuhkan Palestine Liberation Organization (Pertubuhan Pembebasan
Palestin) atau PLO. Pergerakan Fatah tidak menganggotai PLO kerana mereka
menganggap PLO terlalu dipengaruhi oleh negara-negara Arab.
1965
1
Januari; Fatah menjalankan operasi gerilanya yang pertama di Israel.
1967
Perang
Jun: Angkatan tentera Arab ditumpaskan. Dalam tempoh enam hari sahaja Israel
telah menambah wilayahnya sebanyak tidak kali ganda dengan menduduki
Semenanjung Sinai di Mesir, Bukit Golan di Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Kini
seluruh Palestin diduduki. Sejumlah 416 000 pelarian baru dari Tebing Barat dan
Gaza tiba di Jordan, Mesir, Syria, dan Lubnan. Kuasa besar Amerika Syarikat dan
Russia memulakan serangan diplomatik untuk memujuk negara-negara Arab supaya
mengiktiraf Israel, dan sebagai balasan Israel akan beredar dari
kawasan-kawasan yang didudukinya. Namun tiada sepatah perkataan pun disebut
tentang hak kebangsaan rakayat Palestin.
1968-1969
Perjanjian
Kaherah mengesahkan kehadiran rakyat Palestin bersenjata di Lubnan dan
menggunakan sebahagian kawasan selatan sebagai tempat melancarkan serangan ke
atas Israel. Ketiadaan angkatan bersenjata selepas tentera Arab dalam Perang
Jun kemudiannya diganti dengan kehadiran Fatah. Beberapa lagi kumpulan komando
ditubuhkan seperti Barisan Hadapan bagi Pembebasan Palestin dan Barisan
Demokratik. 21 Mac 1968: Pertempuran Karameh- kumpulan gerila Palestin di
Jordan berjaya menumpaskan angkatan tentera Israel. PLO mengambil alih kuasa ke
atas kem pelarian di Lubnan dan di Jordan. Disember 1968: Israel menyerang
lapangan terbang Beirut; maka bermulalah konflik di Lubnan berkaitan isu
Palestin. Pada tahun 1969, kumpulan-kumpulan komando mengambil alih PLO dan
pemimpin Fatah, Yasser Arafat dilantik sebagai pengerusi PLO. Pangkalan gerila
turut ditubuhkan di Jordan.
1970-1971
Peristiwa
Black September. Banyak sekali operasi gerila PLO yang dilancarkan dari Jordan,
tindak balas dendam oleh Israel terhadap pengkalan gerila dan kampong-kampung
di Jordan, perampasan empat buah kapal terbang ke Jordan, dan bertambahnya
kekuatan tentera PLO mencetuskan konfrontasi antara gerakan pembebasan dengan
Raja Hussein dari Jordan. Selepas pertempuran dan pembunuhan beribu-ribu rakyat
Palestin, angkatan tentera Raja Hussein berjaya mengusir keluar gerakan
pembebasan dari Jordan pada Septrember 1971. PLO memindahkan ibu pejabatnya
dari Jordan ke Lubnan. Serangan gerila yang berterusan terhadap Israel
menyebabkan Israel melancarkan serangan udara terhadap selatan Lubnan. Presiden
Jamal Abdul Nasser dari Mesir meninggal dunia dan Anwar Sadat menggantikannya.
1973
Perang
Oktober: Usaha Damai kuasa-kuasa besar ke atas Timur Tengah beransur-ansur
menjadi buntu kerana Israel enggan bertolak ansur. Untuk memecahkan kebuntuan,
Mesir dan Syria memulakan serangan terhadap angkatan tentera Israel di
Semenanjung Sinai dan Golan. Negara-negara Arab memulakan sekatan minyak.
Rundingan damai yang baru bermula.
1974
Pengerusi
PLO, Yasser Arafat menyampaikan ucapan pertamanya di Perhimpunan Agung PBB.
Sebahagian besar negara di dunia -105 buah negara- mengiktiraf PLO sebagai
satu-satunya wakil sah rakyat Palestin. Pada masa yang sama, PBB mengiktiraf
hak rakyat Palestin terhadap tanah air kampung halaman mereka sendiri.
1975
Operasi
gerila yang begitu banyak dari selatan Lubnan menyebabkan Israel memulakan
operasi pengeboman yang dahsyat terhadap kem pelarian Palestin di kawasan
berkenaan. Mereka turut menyerang perkampungan-perkampungan di Lubnan untuk
memaksa penduduk lari meninggalkan rumah mereka. Zionis menegaskan bahawa
selatan Lubnan juga adalah milik negara Yahudi yang juga diistilahkan mereka
sebagai Tebing Utara Israel. Rabbai IDF mengeluarkan risalah yang mewar-warkan
bahawa bandar dan kampung di Lubnan dinamai dengan nama Ibrani kuno. Beirut
ditandai Be’erot (telaga-telaga), manakala Lubnan diperihalkan sebagai tanah
puak Asher.
13
April: Sayap kanan Phalange Kristian menyerang bas yang sarat dengan rakyat
Palestin dan beberapa orang rakyat Lubnan. Mereka dibunuh beramai-ramai. Perang
saudara Lubnan bermula. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan bertindak untuk
membersihkan semua kawasan Beirut Timur dan kawasan utara daripada PLO dan
Gerakan Kebangsaan Lubnan (Lebanese National Movement atau LNM).
PBB
mengutuk Zionisme sebagai bersifat perkauman. Mesir di bawah pemerintahan Anwar
Sadat dan Israel menandatangani Perjanjian Interim yang kedua; lapangan minyak
Abu Rudeis diletakkan semula di bawah Mesir.
1976
Seluruh
anggota sayap kanan Barisan Lubnan menyerang kawasan orang Islam, Palestin dan
Kristian yang berdegil di Beirut Timur: kem-kem Palestin ditawan, Dbayyeh
(ditawan pada 14 Januari); Jisr al-Basha (lebih kurang 2000 orang Kristian) dan
Tal al-Za’atar (30 000 rakyat Palestin dan rakyat Lubnan ditawan pada 12 Ogos);
daerah sesak Syiah, Maslakh dan Karantina (ditawan pada 18 Januari), pinggir
bandar Syiah, Nabab (ditawan pada 6 Ogos), dan Badawi, kawasan kecil Kristian
Armenia. Gabungan LNM dan angkatan bersenjata Palestin yang dikenali sebagai
Angkatan Bersenjata Bersama telah membalas dengan menawan bandar pantai Damour;
penduduk Kristian Maronite diusir.
Pertengahan
Januari: Angkatan Tentera Lubnan berpecah. Unit-unit tentera yang menentang
persubahatan Kuasa Pemerintahan Tentera dengan sayap kanan angkatan bersenajat
Kristian menarik diri daripada angkatan tentera dan membentuk Angkatan Tentera
Arab Lubnan di bawah kuasa pemerintahan Leftenan Ahmad Khatib. Jun: Angkatan
Bersenjata Bersama hampir-hampir menewaskan sayap kanan Barisan Lubnan apabila
angkatan tentera Syria memasuki Lubnan atas undangan Presiden Lubnan, Sulaiman
Franjieh. Kejayaan gerakan umum dan progressif tiba-tiba terencat. Syria
bermula dengan menyerang angkatan tentera campuran LNM dan PLO dan dua tahun
kemudian berlawan dengan sayap kanan campuran Maronite.
1977
16 Mac:
Kamal Jumblatt, pemimpin LNM dibunuh. 19 November: Presiden Mesir, Anwar Sadat
datang ke Jerusalem untuk memulakan rundingan damai. Lawatannya dikutuk oleh
Liga Arab, terutamanya PLO.
1978
Mac:
Israel menyerang selatan Lubnan, 2000 orang awam terkorban dan 200 000 lagi
menjadi pelarian; enam buah kampung dimusnahkan dan 82 buah lagi dirosakkan.
Israel dipaksa berundur tetapi mereka menubuhkan zon penampan atau Lubnan Bebas
seluas 10 kilometer di wilayah Lubnan.
1979
Perjanjian
damai yang akhir ditandatangani antara Mesir dan Israel. Israel dikehendaki
mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir; pemindahan selesai pada tahun
1982. Sementara Mesir dan Israel sedang berunding, tentera Israel mengebom kem
pelarian rakyat Palestin di Lubnan. Mesir kemudiannya dipecat daripada Liga
Arab. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan yang disokong Israel mengisytiharkan
negara mereka sendiri di beberapa bahagian selatan Lubnan.
1980
Iraq
menyerang Iran. Bermulalah Perang Teluk.
1981
Pesawat
pengebom Israel menyerang dan menghancurkan sebuah reaktor nuklear di Baghdad,
Iraq. 300 orang terbunuh dan 800 orang tercedera dalam seranga udara Israel ke
atas kawasan orang awam di Beirut. Angkatan tentera Israel dengan cara yang
teratur telah memusnahkan jambatan-jambatan yang menyeberangi Sungai Litani.
Para diplomat Amerika merundingkan gencatan senjata di sempadan Lubnan-Israel.
Disember: Israel secara tidak sah merampas Bukit Golan dari Syria.
1982
Jun:
Cubaan membunuh duta Israel ke London oleh kumpulan Palestin yang radikal dan
anti-PLO dijadikan alasan bagi Israel untuk menyerang Lubnan (perang
Arab-Israel yang keenam); pengepungan Beirut selama tiga bulan; pengusiran
angkatan bersenjata PLO dan angkatan tentera Syria dari Beirut.
14
September: Pembunuhan bakal Presiden Lubnan, Bashir Gemayel selepas beliau
enggan mengikat perjanjian damai dengan Israel. 15-17 September: Pembunuhan
beramai-ramai Shabra dan Shatila dijalankan oleh militia Kata’ib yang diketuai
Elias Hobeika dan di bawah perlindungan dan sokongan tentera Israel. Menteri
Pertahanan Israel pada ketika itu ialah Ariel Sharon.
1983
Angkatan
tentera di bawah kuasa Phalange menguasai kawasan Beirut Barat. Penentangan di
bawah sokongan Syria meletus dalam Fatah dan PLO; pertempuran di Lembah Biqa’a
dan Tripoli, utara Lubnan berakhir dengan pemecatan askar yang setia kepada
Pengerusi PLO, Arafat.
1984
Februari:
Pemberontakan popular di Beirut Barat mengakhiri kuasa Phalange.
1985
Tentangan
orang awam yang bersenjata terhadap askar Israel memaksa mereka berundur dari
kebanyakn kawasan Lubnan yang kemudiannya diambil alih oleh pergerakan Amal,
Hizbullah, dan Parti Komunis; enklaf PLO di Saida dan kem pelarian Rashidiyyah
berhampiran Tyre. Mei: Militia Amal menyerang Shabra, Shatila, Bourj
al-Barajneh. Bermulalah Perang Kem.
1986
Januari:
Pertempuran Empat Hari di Shatila. April: Pertempuran Dua Puluh Hari di
Shatila. Julai: Pertempuran Tiga Puluh Hari di Shatila. September: Pertempuran
Enam Bulan bermula di Rashidiyyah, kemudiannya di Bourj al-Barjneh pada bulan
Oktober, dan akhirnya di Shatila pada bulan November.
1987
Februari:
Sekatan makanan ditarik balik di Bourj al-Barajneh dan Shatila; namun tembakan
curi berterusan. Penyatuan semula PLO semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan
Palestin di Algiers. Disember: Meletusnya intifada (kebangkitan rakyat
Palestin), pemberontakan popular di Tebing Barat dan Gaza di bawah pendudukan
Israel.
1988
Januari:
Amal menarik balik pengepungan Shatila dan Bourj al-Barajneh. Mei: Pertempuran
di kem-kem di Beirut, di bawah sokongan Syria; Shatila dan Bourj al-Barajneh
ditawan; mereka yang setia kepada Yasser Arafat diusir. Disember: Mesyuarat
Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers mengistiharkan perlembagaan negara
Palestin.
1993
Pihak
berkuasa Palestin dan Israel and telah menandatangani Deklarasi Oslo pada 13
September 1993 yang menjanjikan pemerintahan bebas dan berdaulat untuk rakyat
Palestin.
1994
Kawasan
aman Israel-Jordan dibentuk pada 26 Oktober.
2002
Pada 24
Jun, Presiden Amerika Syarikat, George Bush memetakan penyelesaian konflik
Israel-Palestin. Namun perkembangan yang berlaku tidak menunjukkan kemajuan.
Malah pertempuran sering berlaku saban hari.
2004-2005
Kematian
Yasser Arafat. Mahmood Abbas mengambil alih jawatan sebagai pemimpin Palestin
sehingga sekarang.
Source :